Wan Khair Amir indahnya nama putera sulung Mira “Semoga membesar sebagai anak yang baik dan soleh”. Alahai sedapnya nama dan maksud yang dikongsikan oleh Wan Emir Astar iaitu suami kepada pelakon Mira Filzah buat putera sulung kesayangan mereka.
Sebelum ini Mira Filzah telah selamat melahirkan anak lelaki malah berkongsi tarikh lahir 9 Syawal yang sama. Pasangan suami isteri itu sememangnya begitu gembira menyambut kehadiran putera sulung yang ditunggu-tunggu selama ini.
Genap tujuh hari melahirkan anak sulung, Mira dan suami telah sudi berkongsikan nama anak lelaki mereka.
“Allahumma salli `ala Muhammad,
“Wa`ala ali Muhammad 🤍 Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami — Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
@wankhairamir “Khair” membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar). “Amir” pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah.
“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan
“Buat Ustaz @ddaniyaldbiyajid kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.
“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.
“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh, dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air, aamin YRA,” luah Wan Emir.
Menerusi ruangan komen ramai rakan selebriti mendoakan agar anak Mira dan Wan Emir membesar menjadi anak soleh.
Baca Sini : Sebaknya Emir Bawa Mira Ziarah Pusara Arwah Papanya “Izinkan Kami Meneruskan Kehidupan ‘Membina Masjid’”
Mira Filzah Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Kongsi Tarikh Lahir 9 Syawal
Tahniah! Mira Filzah Kini Sarat Mengandung Anak Sulung, “Usia Kandungan Memasuki Trimester Ketiga”
Mingguan Wanita: Tak sabar nak tatap wajah penuh anak sulung Mira.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Mira Filzah
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Tabahnya hati anak ini, semangatnya dek kerana ibu kesayangan.