Wanita memang kuat, kadang-kadang dia sendiri tak sangka sekuat itu mampu bertahan diuji. Namun sekuat mana pun wanita, tetap juga perlukan seorang lelaki di sisi. Jadi hargailah sebaiknya wanita dan jangan sakiti hati mereka.

Walaupun mereka tampak kuat secara luarannya kerana desakan hidup. Tetapi di hati mereka tetaplah seorang wanita yang dilimpahkan dengan sifat penyayang dan juga keibuan.

Ikuti perkongsian, Nurul Haslinda ini:

Jangan dilukakan hati wanita ini.

Wanita ini seorang yang kuat sebenarnya. Walaupun seringkali kita dengar kaum wanita ini lemah dan sebagainya tetapi hakikatnya wanitalah sangat kuat.

Kuat dari segi kasih sayang, kesabaran , kesetiaan, tanggungjawab dan macam-macam lagi. Kuatnya wanita ini juga mampu membawa kandungan yang besar selama 9 bulan.
Itulah istimewanya seorang wanita ini. Namun kadang-kadang kesedihan dan kejatuhan wanita juga disebabkan oleh kaum wanita juga. Atas faktor iri hati, tidak puas hati dan macam-macam lagi.

Wanita Tetap Perlukan Lelaki

Sekuat manapun seorang wanita mereka juga memerlukan perlindungan dari kaum lelaki. Jadi kepada kaum lelaki hargailah insan yang bernama wanita ini. Tanpa wanita tiadalah anda.

IKLAN

Namun sejak akhir-akhir ini, seringkali kita dengar kisah penganiayaan terhadap kaum wanita. Dipukul, didera, digantung tidak bertali dirampas hak mereka dan banyak lagi. Memang kasihan.

Kaum wanita ini perlukan kasih sayang dan perhatian. Jika baik layanan kaum lelaki kepada kaum wanita maka begitu juga layanan dan rasa hormat kaum wanita kepada kaum lelaki. Itu barulah keharmonian dan kebahagiaan.

Wanita itu juga seorang ibu kerana hebatnya seorang wanita ini telah banyak melahirkan wira-wira hebat di dunia. Jadi, hargailah wanita walau bagaimanapun rupa dan fizikal mereka.

Baca Di Sini:

IKLAN

Suami Yang Baik Akan Selalu Cairkan Hati Walau Tak Keluarkan Bahasa Romantik

Isteri Merajuk Itu Biasa Tapi Kalau Suami Tentu Dia Perlukan Perhatian Istimewa

Jangan Sakiti Wanita

Jangan sesekali menyakiti hati wanita itu. Walaupun kadang-kadang wanita itu kuat membebel tanpa henti, sebenarnya itulah cara mereka untuk tenangkan diri mereka. Biarlah mereka membebel supaya mereka rasa tenang.

Kasihani juga atas segala penat lelah mereka selama ini yang cuba buat yang terbaik untuk semua walaupun terpaksa berkorbankan perasaan serta kehendak mereka.

IKLAN

Hargailah wanita itu kerana mereka sangat istimewa. Tanpa didikan wanita kita tidak akan tahu semuanya. Jadi jangan merendahkan kaum wanita itu. Mereka tidak minta banyak, yang mereka inginkan hanya penghargaan, penghormatan dan perlindungan. Sekuat manapun mereka, segagah manapun mereka tetap penuh dengan kelembutan.

Wanita Juga Berhak Bahagia

Oleh itu, sayangilah wanita itu kerana mereka berhak untuk bahagia. Wanita itu penuh dengan kelembutan dan kasih sayang. Kesabaran seorang wanita itu juga tiada tandingan.

Mereka hebat, mereka kreatif, mereka bijak bahkan mereka sangat kuat dalam semua ujian yang mereka lalui. Walaupun kehidupan mereka penuh dengan air mata namun dengan penuh kasih sayang itulah mereka mampu lalui semuanya.

Akhir kata, Hargailah wanita kerana mereka adalah satu amanah.
#kisahcikgulinda
#catatankupengalamanku
#catatansukasuka

MW: Sayangilah dan hargailah wanita di sisi anda, tanpa mereka tak mungkin anda mampu mengecap hidup seperti sekarang.

Sumber: Nurul Haslinda

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI