“Walaupun masih tidak diberikan rezeki anak” itulah antara luahan pelakon Siti Elizad ketika ditemubual di Forum Berbahagi Suami sempena drama Berbahagi Suami.
Elizad juga memberitahu dirinya sudah reda sepenuhnya jika tidak dikurniakan rezeki anak sebagaimana diimpikannya sejak 10 tahun lalu.
Untuk pengetahuan sebelum ini, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pertama pada Februari 2020 dan kemudian dia disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama. Dua tahun lalu, Elizad sekali lagi memaklumkan dia kembali menjalani rawatan IVF kali kedua. Pada Mac 2022 sebagai usaha berterusan untuk mendapatkan cahaya mata. Namun, dia keguguran juga.
Meskipun tidak diberikan lagi rezeki anak, namun Elizad bersyukur dek kerana perkahwinan yang dibina bersama suami tercinta Shamsul Baharin Rahman sangat tenang.
“Allah itu maha adil. Dia sudah menyusunkan takdir kita sebaiknya. Walaupun saya masih tidak diberikan rezeki anak, tetapi Allah bagi saya hubungan rumah tangga yang tenang.
“Saya dapat tengok, Allah dah bagi semua. Salah satu di antaranya, sepanjang 10 tahun perjalanan saya dengan suami (dalam rumah tangga), cerita yang betul adalah saya tak pernah dimarahi oleh suami.
“Malah, kami tidak pernah bergaduh besar. Tapi, bila saya berjumpa dengan kawan-kawan ada yang meluahkan mereka bergaduh dengan suami, tak bercakap dengan anak. Saya pula tak ada pengalaman itu,” kongsi Elizad.
Elizad juga mengakui sememangnya tiada wanita di dunia ini yang mahu hidup bermadu, namun akur dengan ketidaksempurnaan diri Elizad reda jika suaminya mahu berkahwin lain atas alasan zuriat.
“10 tahun berkahwin saya sedar saya tak sempurna. Walaupun sukar namun saya tak mampu menolak keputusan tersebut kerana rezeki untuk dapat anak belum tiba waktunya. Saya ada berbincang dengan suami jika tiada zuriat saya izinkan,” luah Elizad.
Menarik Lagi : Elizad Bulatkan Hati Berhijrah “Suami Selitkan Doa Supaya Menjadi Isteri Sempurna, Baik, Menutup Aurat”
Akur dengan takdir Ilahi, Elizad dan suami telah menyediakan bilik untuk anak-anak dengan kelengkapan katil bertingkat, namun semuanya sudah diberikan kepada kawan-kawan.
“Sebenarnya, saya sudah lama menyiapkan bilik untuk anak-anak di rumah dengan kelengkapan katil bertingkat sebab fikir akan ada anak ramai nanti, sepanjang 10 tahun ini.
“Namun, hingga kini impian saya memiliki anak sendiri belum dimakbulkan oleh Allah dan saya buat keputusan memberikan katil itu kepada kawan-kawan. Saya tidak mahu berterusan rasa sedih,” sambungnya lagi.
Baca Disini : Allah Pinjamkan NIKMAT Minggu Lepas, Kemudian Keguguran, Siti Elizad TETAP Teruskan Rawatan IVF
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.