Pada 10 Februari lalu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia dikediaman keluarganya di Gombak. Abam meninggalkan seorang balu; Nor Hidayah Mohd Ali dan meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang di waktu itu berusia sembilan bulan.

Mei ini genap tiga bulan pemergian arwah. Nor Hidayah dalam instagramnya berkongsi perkembangan putera tunggalnya yang kini sudah boleh menyebut ‘ayah’ sebaik sahaja melihat gambar arwah Abam.

Walaupun Masih Kecil, Gelagat Hamzah Menyebut Ayah Undang Sebak
14 Jun nanti genap Hamzah setahun, walaupun masih kecil Hamzah mula kenal dan tahu ayahnya

Hari ini genap 3 bulan 10/2/20 – 10/5/20 Abang tinggalkan sayang, lagi sayu hati Ibu ayat pertama setiap kali keluar dari mulut Hamzah bila nampak gambar abang kat dinding terus panggil “Ayah” kalau abang ada mesti abang happy… Semoga Abang tenang disana. Sayang janji jaga Hamzah sebaiknya Al-Fatihah dalam bacaan buat Allahyarham suamiku sayang Syed Umar Mokhtar.
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

2. ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

IKLAN

3. ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

4. مَالِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

IKLAN

5. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

6. ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

IKLAN

7. صِرَاطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّالِّينَ
#kitabaikramaisayang
#syeduthmanhamzahaljuffrey
#syeduthmanhamzahchannel
#alfatihaharwahabam
#anakibuayah
#hidayahabam
#hidayahboss
#kasihchocolatehidayahabam
#titiankasihhidayahabam

Hamzah juga dilihat cukup rapat dengan kucingnya, Kembang. Kembang dilihat selalu disisi Hamzah terutamanya ketika dia sedang tidur lena. Hidayah menerusi instagramnya dilihat gigih membuat jualan coklat dari rumah bagi menambah pendapatan dia dan anak tunggalnya. Rezeki si comel Hamzah juga sentiasa murah, kerana ada sahaja pihak-pihak yang mengirimkan dia hadiah berupa baju sebagai tanda ingatan.
MW mendoakan semoga Hidayah dan Hamzah sentiasa dimurahkan rezeki. hamzah juga didoakan menjadi anak yang menyenangkan ibunya kelak. Seperti mana sifat arwah bapanya yang pemurah dan menyantuni ibunya. Al-Fatihah untuk arwah Abam, semoga tiap kebaikan arwah beri sepanjang hayatnya dibalas pahala yang menguntungkannya di alam sana.

SUMBER ; NOR HIDAYAH

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI