Akhirnya terjawab teka-teki tiga hos Mingguan Wanita Talkshow (MWTV) musim ketiga iaitu salah seorangnya Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain. Kemunculan Nurul Syuhada buat pertama kalinya pada 19 Februari lalu rata-rata mendapat komen positif daripada penonton.

Nurul Syuhada akan bersiaran setiap hari rabu dan bakal bergandingan dengan Naufal Naufal Hatta bagi mengendalikan segmen kisah masyarakat, motivasi, inspirasi dan kerohanian.

Biarpun pernah mengemudikan MWTV musim pertama, menurutnya debaran dan cabarannya tetap ada. Maklumlah pertama kali bergandingan dengan hos lelaki dalam mengupas topik-topik kewanitaan.

“Saya rasa MWTV musim pertama dahulu banyak mengetengahkan isu berkaitan wanita dan hos juga semuanya wanita. Ketika itu, kita tiada input daripada seorang lelaki.

“Mungkin bagi musim ketiga, pihak produksi ingin bawa idea yang lebih segar dan cuba mengambil kira input daripada suara lelaki. Jadi rancangan ini akan nampak lebih seimbang apabila wujud pandangan daripada kedua-dua belah pihak. Jadi program ini tak nampak terlalu feminis sangat,” ujar Nurul Syuhada.

IKLAN

Cuba Cari Keserasian

Buat MWTV musim ketiga kali ini, Nurul Syuhada digandingkan dengan hos lelaki, Naufal Hatta. Walaupun pertama kali digandingkan bersama, apa yang dapat Nurul Syuhada katakan bahawa Naufal mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk mengacarakan rancangan ini.

“Naufal pun sudah berumahtangga, merupakan seorang suami dan juga ayah, orang muda yang telah melalui banyak fasa dengan latar belakang imam muda, saya rasa dia mampu balance kan program ini.

“Dia pun orangnya jenis bersahaja. Jadi saya rasa tidak ada masalah dan juga tidak kekok bila bersama. Kemudian, bila kita selalu usik-usik itu ketika on air adalah untuk cuba nampakkan keserasiannya.

“Seperti hari ini merupakan kali pertama kami bergandingan, alhamdulillah so far ok dan tiada masalah. Kira boleh masuklah, tapi kami sama-sama akan usahakan untuk nampak tak kekok dan lebih bersahaja,” ujarnya lagi.

Teruja Diberi Peluang Sekali Lagi

Tambah Nurul Syuhada, walaupun ini pengalaman kedua mengacarakan MWTV, dia tetap merasa teruja dengan peluang yang diberikan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja.

“Saya faham dan percaya bahawa setiap production memiliki misi dan visinya yang tersendiri. Sebelum ini saya bersama krew produksi yang lain dan kini yang lain, pada masa yang sama kita sama-sama kenal dan belajar balik dari step one.

“Saya cuba belajar apa yang mereka mahukan, saya juga risau takut terbawa-bawa dengan konsep MWTV musim pertama. Buat masa ini memang saya dalam proses belajar dan saya cuba menahan diri sikitlah. Jika sebelum ini saya terlalu excited dan terlalu bersemangat feminis, tapi sekarang agak berbeza.

“Harapan saya semoga program MWTV untuk musim terbaru ini lebih sampai dan lebih ramai lagi penonton akan cakna dengan apa sahaja topik yang bakala kita sampaikan dengan intipati yang kita cuba bawakan. Paling penting lebih segar dan terkini serta relavan dengan isu semasa,” jelas Nurul Syuhada sebelum mengkahiri perbualan.