Hiburan

Walaupun Bukan Islam, Dr Soo Winci Dah Habis Buat Puasa Enam Tahun Ke-8!

Share

Ramai yang mengetahui pelakon dan penyanyi Dr Soo Wincci,34 antara selebriti bukan Islam yang turut berpuasa pada setiap kali tibanya bulannya Ramadan. Kagum dengan semangat yang ada pada So Wincci kerana mampu berpuasa secara konsisten dan telah memasuki tahun yang ke-8 pada tahun ini.

Apa yang menariknya, meskipun berada jauh di perantauan, negara Sepanyol kerana menyambung pelajaran dan perlu berpuasa selama 16 jam, namun ia tidak mematahkan semangat wincci untuk berpuasa pada bulan Ramadan baru-baru ini, malah meneruskannya dengan berpuasa 6 yang kini telah pun selesai.

Puasa Sebulan & Puasa Enam

Didalam posting terbaru di instagram, Ratu Cantik Malaysia 2008 ini juga ada berkongsi bahawa dirinya berjaya berpuasa di bulan ramadan dan melengkapkan puasa 6.

Bagi umat Islam Puasa 6 bermaksud berpuasa 6 hari dibulan Syawal sama ada boleh dilakukan secara berturut mahupun berselang seli. Ia amatlah digalakkan dan dijanjikan ganjaran pahala yang besar iaitu ibarat berpuasa sepanjang tahun.

Wincci berada di Sepanyol untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang muzik dengan pengkhususan produksi, teknologi dan inovasi di kampus cawangan Berklee College of Music di Valencia.

MW: Tahniah Dr Soo Wincci! Berjaya puasa di bulan ramadan dan meneruskan dengan puasa 6 pula.Berpuasa bukan sahaja untuk mendidik kerohanian malah memang baik untuk kesihatan jika diamalkan selalu.

Jika bukan Islam pun boleh berpuasa, segan sungguh dengan diri ini rasanya jika kita masih tak memulakan lagi berpuasa enam, malah lebih malu jika sekali pun tak pernah terfikir untuk berpuasa enam pada bulan Syawal ni.

Sumber: Instagram Dr Soo Wincci

Published by
Suhaidah Abd Wahab