Ramai yang mengetahui pelakon dan penyanyi Dr Soo Wincci,34 antara selebriti bukan Islam yang turut berpuasa pada setiap kali tibanya bulannya Ramadan. Kagum dengan semangat yang ada pada So Wincci kerana mampu berpuasa secara konsisten dan telah memasuki tahun yang ke-8 pada tahun ini.
Apa yang menariknya, meskipun berada jauh di perantauan, negara Sepanyol kerana menyambung pelajaran dan perlu berpuasa selama 16 jam, namun ia tidak mematahkan semangat wincci untuk berpuasa pada bulan Ramadan baru-baru ini, malah meneruskannya dengan berpuasa 6 yang kini telah pun selesai.
Didalam posting terbaru di instagram, Ratu Cantik Malaysia 2008 ini juga ada berkongsi bahawa dirinya berjaya berpuasa di bulan ramadan dan melengkapkan puasa 6.
Bagi umat Islam Puasa 6 bermaksud berpuasa 6 hari dibulan Syawal sama ada boleh dilakukan secara berturut mahupun berselang seli. Ia amatlah digalakkan dan dijanjikan ganjaran pahala yang besar iaitu ibarat berpuasa sepanjang tahun.
Ads
Wincci berada di Sepanyol untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang muzik dengan pengkhususan produksi, teknologi dan inovasi di kampus cawangan Berklee College of Music di Valencia.
Ads
MW: Tahniah Dr Soo Wincci! Berjaya puasa di bulan ramadan dan meneruskan dengan puasa 6 pula.Berpuasa bukan sahaja untuk mendidik kerohanian malah memang baik untuk kesihatan jika diamalkan selalu.
Jika bukan Islam pun boleh berpuasa, segan sungguh dengan diri ini rasanya jika kita masih tak memulakan lagi berpuasa enam, malah lebih malu jika sekali pun tak pernah terfikir untuk berpuasa enam pada bulan Syawal ni.
Sebaknya catatan Farah Ahmad, isteri kepada Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif yang juga dikenali sebagai Pitt Hanif. Farah berkongsi tentang ikan yang sempat arwah Pitt, suaminya simpan untuk dimasak olehnya di Kuala Lumpur nanti.
Sungai Jelai, Lipis lokasi memancing yang sudah tiga kali dijejak arwah, menjadi lokasi akhir untuknya. Masuk dua hari pencarian, akhirnya Pitt Hanif ditemui dalam keadaan elok.
Terkesan sungguh dengan kata-kata isterinya, “when Farah atas boat di sungai farah sentuh air panggil awak tiba-tiba dengar SAR “DAH JUMPA !!” . Ya Allah perasan tu Allah saja tahu syukurnya gembiranya rasa macam dapat tahu yang awak mula-mula dulu suka kat Farah.”
Dan rasa cinta kasih seorang isteri yang tak pernah padam dizahirkan menerusi masakan ‘ikan terakhir’ yang arwah simpankan untuknya.
Catatan seorang isteri,
“Kenapa En Firdaus tak percaya ker? Farah berjaya masak ikan KENERAK yang awak last mancing sebelum hari kejadian. Aiman dah tunaikan hasrat awak.”
“Di hari kejadian ketika sampai Sham kawan Pitt yang selamat, bagitau Pitt ada simpan ikan nak bawak KL suruh Farah masak.”
28hb Aiman kawan Pitt yang sewakan boat whatsapp.
Dia punya minta maaf tak dapat jaga keselamatan Arwah sebab sepatutnya dia pergi sama tapi dia demam.
Aiman text, sehari sebelum Arwah takde. Arwah ada dapat ikan, hajat dia nak bawak balik suruh akak masak. Arwah cakap,
“Kerinting aku terror masak la man. Apa masakan pun kerinting aku boleh masak lah man. Aku nak suruh kerinting masak tempoyak ikan ni Man kompom padu Man !”
Allah…
Awak, Farah tahu awak dah tak de. Dan tak de makna kalau Farah minta maaf tapi Farah tahu awak tak pernah tak maafkan orang. Selalu apa jadi awak sejenis tak amik port.
Yer lah, lama Farah tak masak sejak awak out station dan Farah pun bz. Tapi Farah berjaya masak tapi siang je tak sebab ikan tu besar sangat.
Selalu dapat ikan awak siangkan siap-siap tinggal masuk kuali jer. Hehehe.. Yang ni Farah suruh abang Aluze hantar kedai suruh siangkan.
Farah masak gulai tempoyak dengan asam pedas sebab mama awak tak makan tempoyak. So malam ni kenduri Farah ada jemput kekawan mancing awak sekali untuk mereka lepas rindu. Awak terima kasih tau selalu ingat kita. Kita Akan ingat kata-kata awak En Firdaus Hensem.
Lima Hari Selepas Arwah Pitt Pergi
Farah turut berkongsi kisah tentang arwah suaminya, pengarah filem Pitt Hanif dan kenapa dia kekal kuat tahan air mata sepanjang mengurus ‘pemergian’ arwah suami.
Tulisnya,
Sudah 5 hari Pitt meninggalkan orang-orang tersayang. Alhamdullilah syukur sebab dalam pilihan kita sudah pasti kita pilih yang terbaik. Sebab itulah awak, akan pilih dan buat yang terbaik saja dalam hidup awak. Dan pilihan dan keputusan awak sangat tepat walaupun di nafas terakhir awak.
Seperti awak selalu cakap “Insyallah takpe nanti Pitt settlekan.”
Mesti orang akan bertanya macam mana settlekan. Kenali awak bila ada masalah awak takkan mengikut arus masalah tapi buat macam takde masalah. Tapi tahu awak akan risau awak akan tidur, pi mancing, cuci buka togelkan motor jejalan, happy-happy dengan anak-anak & Farah.
Tapi dalam masa sama otak awak akan berjalan dan doa mintak kat Allah tidak pernah lekang dalam hati awak. Tup.. tup.. masalah selesai. Dan kita plak rasa luck semua menyebelahi awak jer.. awak jer.. semua nyer lepas.
Allahu..hingga di saat terakhir juga awak menang dengan kitaorang kerana awak tahu pilihan awak, awak tahu sayang Allah pada awak tidak sama dengan sayang dari yang bernyawa di dunia.
Ampitt… Ampitt Farah bangga tak terkira hingga tak mampu nak bersedih. Asyik tersenyum bila ingat, dengar, cari, jumpa , lihat Pitt walaupun Pitt dah tak bernyawa.
Suamiku Terpilih Untuk Mati Syahid..
Dalam hati berkata mengapa perlu aku menangis bila menatap jasad yang tidak bernyawa itu sangat sempurna. Betapa Allah menjaganya dengan baik. Mengapa perlu aku menangis di kala suamiku terpilih untuk mati syahid. Mati yang tidak dapat kita pilih atau plan kerana mati yang tiada satu pun yang bernyawa boleh bagi kecuali Allah SWT.
Bagi seorang isteri sudah pasti setiap doa dititipkan, suami diampunkan dosa dimasukkan syurga. Bila tahu awak syahid, ya Allah, kau maha adil maha penyayang. Apa lagi aku seorang isteri mahu. Hadiah yang paling besar buat aku dan anak-anakku dari suamiku dengan izin Allah SWT.
Sudah pasti aku rasa kehilangan, sudah pasti aku rindu, sudah pasti aku sedih. Tetapi aku SENYUM kerna aku bersyukur kerana suamiku TERPILIH dapat green card dari Sang Pencipta. Dan ianya patut aku raikan dengan senyuman dan semangat yang kuat. Aku perlu kongsikan senyuman & semangat agar sama-sama kita rasa betapa tenangnya bila kita jumpa titik keredhaan Allah.
Terima kasih Allah. Sungguh cantik aturanmu, ya Allah.
Primadona filem Melayu, Noor Kumalasari Mohamed Taib dan suaminya antara ratusan ibu bapa yang bangga melihat kejayaan anak-anak yang diraikan dalam majlis graduasi di Management & Science University (MSU).
Anak Noor Kumalasari iaitu Wan Irfan Nurul Atiq Wan Mohd Yusoff berjaya menamatkan pengajian di Management & Science University (MSU).
Menerusi Instagram MSU, Wan Irfan Nurul Atiq Wan Mohd Yusoff menamatkan pengajian dalam jurusan Bachelor in Graphic Design (Hons), Faculty of Information Sciences and Engineering(FISE) di institusi pendidikan tinggi swasta tersebut dan kejayaannya telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen MSU ke-34 pada Khamis lalu.
Seramai 2,447 graduan dari 126 program pengajian menerima skrol pengajian masing-masing. Ia menyaksikan 35 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (65), Sarjana Muda (1,596) dan Diploma (751).
Seperti ibu bapa lain, perasaan gembira dan syukur tergambar di wajah Primadona Filem Melayu itu yang turut berkongsi perasaannya dan pengalaman melihat anaknya itu bertungkus lumus dalam pengajiannya itu.
FISE merupakan fakulti yang melahirkan graduan dengan bilangan program terbanyak iaitu 28 program pengajian. Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP) pula menyumbang kepada bilangan kohort graduan terbesar iaitu seramai 677 graduan.
“Dia memang komited dengan pengajian. Bayangkan, jam 4 pagi masih siapkan tugasan di dalam bilik dan sebagai ibu, saya memang bangga dengan dia.”
Untuk rekod, Wan Irfan Nurul Atiq merupakan anak bongsu Noor Kumalasari dan suaminya, Wan Mohamad Yusof. Mereka telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.
Noor Kumalasari pernah menerima Hijabista Legend Award di Hijab Fashion Award 2024 yang diadakan Februari lalu.
Ria Ricis jadi mermaid versi muslimah, kongsi video berenang berenang bersama paus hiu. Pasti ramai yang mengikuti perkembangan personaliti media sosial ini. Bermula di Instagram kini dirinya antara ratu media sosial di Indonesia.
Mengumpul 33.9 juta pengikut di instagramnya, adik kepada Ustazah Oki Setiana Dewi ini dilihat bahagia bersama suami Teuku Ryan dan anak sulung mereka, Moana.
Ria Ricis Jadi Mermaid Versi Muslimah
Sering berkongsi pelbagai kisah di media sosial mereka, kali ini Ria Ricis membuat penampilan istimewa menjadi mermaid versi Muslimah. Dilihat tampil lengkap dengan tudung dan menutup aurat, dirinya membuat penampilan istimewa di Jakarta Aquarium baru-baru ini.
Ramai kagum dirinya mampu berenang tanpa menggunakan peralatan menyelam dan jelas Ria, dia sebenarnya sudah mulai menyelam sejak 2013 lagi.
Bahkan dirinya mempunyai lesen sebagai penyelam profesional sejak 2019 ketika tinggal di Batam dan dirinya memang suka menyelam.
Kongsi Video Berenang Bersama Paus Hiu
Membuat penampilan istimewa di Jakarta Akuarium yang dikongsi di instagramnya, jelas Ria di sebalik penampilan mermaid versi Muslimah ini, dirinya mengakui adakalanya tudung menutupi mukanya. Bahkan adakala dia alami kesukaran berenang di antara ikan dan ekor mermaid. Namun itu sama sekali tidak mematikan keseronokkannya berenang dan membuat love di hadapan suami dan anak serta penonton.
“Yang mikir jadi mermaid ga ada beban.. Salah.. Salah satunya beban crown copot. Harus dibenerin sama @mermaid_pia,” tulis Ricis di instastorinya.
Bahkan katanya, trik membuat gelembung love di dalam air juga adakalanya tidak menjadi selain pakaian dikenakannya adakalanya menutup mukanya.
Membuktikan dirinya mampu berenang, tidak hanya di akuariam besar, Ria turut berkongsi video dirinya menjadi mermaid berenang di lautan terbuka. Kali ini dilihat videonya di sisi paus hiu, ikan pari dan lain lagi. Dan dirinya terus tampil berhijab.
Melihat keseronokkan berenang, ada di antara pengikutnya yang bertanya berapa lama dirinya mampu bertahan tanpa membawa peralatan tangki oksigen. Ramai yang kagum dengan keberaniannya kerana tidak ramai wanita berenang menggunakan hijab sepenuhnya kerana ia dilihat boleh mengganggu pandangan ketika berenang.
Dah kahwin, mak mentua pulak tak sebulu, serba tak kena dengan menantu. Apa nak buat bila dah macam ni? Ini jawapan yang dikongsikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, Pendakwah Bebas dan perkongsian daripada Puan Yanti Yushilla.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...