Walaupun Berpuasa, Tetap Boleh Ambil 8 Gelas Air, Ini Caranya!

Memang betul! Walaupun berpuasa kita tetap boleh ambil 8 gelas air. Tetapi ada caranya.

Berpuasa bukan halangan untuk minum air secukupnya. Cuma pengambilannya perlulah diatur dengan baik

Perkongsian Nur Zakira Imana Bt Mohd Fadzil, Senior Dietitian, Pantai Hospital Sungai Petani ini boleh dijadikan panduan.

Bekalkan Air Yang Cukup Semasa Berpuasa!

Pengambilan air yang cukup amat penting untuk mengelakkan dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.

Sebaiknya elakkan pengambilan air manis jika anda ingin menurunkan berat badan.

Kita disarankan mengambil air 8 gelas sehari. Pada bulan puasa ini, jumlah air yang perlu diambil tetap sama tetapi masa pengambilan sahaja yang berubah.

Jadi Boleh Ikuti Tip Pengambilan Air Seperti Berikut:

1 gelas selepas bangun sahur

1 gelas selepas bersahur

1 gelas selepas azan Maghrib

1 gelas selepas solat Maghrib

1 gelas selepas berbuka

1 gelas selepas solat Isyak

1 gelas selepas solat Terawih

1 gelas sebelum tidur

Sukar Minum Air Kosong? Ini Pilihan Anda.

Bagi individu yang hanya ingin berat badan tetapi sukar untuk minum air kosong, pengambilan minuman berkhasiat seperti susu, minuman bercoklat serta jus buah-buahan segar tanpa gula boleh diambil semasa berbuka, sebelum tidur dan semasa bersahur.

IKLAN

Penyediaan minuman berkhasiat dari rumah seperti susu kurma atau susu pisang tanpa penambahan gula adalah antara minuman yang disyorkan semasa bersahur mampu membekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa.

Minuman manis seperti jus buah-buahan cordial dan minuman bergas tidak digalakkan kerana kandungan gula yang tinggi yang merupakan sebab utama kenaikan berat badan punca penyakit diabetes atau kencing manis.

Manakala minuman berkafein juga perlu dihadkan kerana kandungan kafein akan menyebabkan kekurangan air dalam badan atau dehidrasi.

Bagaimana Dengan Pengambilan Suplemen?

Suplemen adalah produk yang mengandungi satu atau campuran vitamin, mineral, herba atau asid amino untuk membantu menambahbaikkan diet seseorang.

Namun individu yang sihat dan tiada masalah kesihatan tidak perlu mengambil suplemen kerana khasiatnya boleh didapati secara semulajadi daripada pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.

Walaupun Berpuasa, Tetap Boleh Ambil 8 Gelas Air, Ini Caranya!
Gambar sekadar hiasan

Pemakanan yang seimbang adalah hidangan lengkap yang mengandungi sumber karbohidrat, protein, lemak dan serat atau sayur-sayuran di mana ianya dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang cukup untuk badan manusia.

IKLAN

Tetapi bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu yang mengganggu pemakanan harian, pengambilan suplemen perlu mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar terlebih dahulu dan paling penting pastikan suplemen itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengambilan suplemen adalah bergantung kepada masalah keperluan seseorang individu. Perlu diingatkan, cara pengambilan suplemen yang salah dan berlebihan boleh mengakibatkan kesan buruk kepada badan dalam tempoh jangka masa panjang.

Jika Mahu Bersenam, Apa Senaman Yang Boleh Dibuat?

Ramai yang bertanya adakah sesuai untuk bersenam ketika berpuasa?

Ya, setiap individu digalakkan untuk bersenam secara sederhana kerana ia mampu membuatkan tubuh anda kekal cergas di bulan puasa.

Walau bagaimanapun, elakkan aktiviti berat atau melakukan aktiviti di waktu cuaca panas yang boleh mengakibatkan dehidrasi.

IKLAN

Senaman yang disarankan ialah senaman berintensiti rendah dan sederhana seperti slow jog, brisk walk, berkebun dan melakukan kerja rumah serta senaman latihan beban dan aktiviti regangan.

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Bersenam?

Waktu yang sesuai untuk bersenam di bulan puasa adalah sebelum berbuka, 3 jam selepas waktu berbuka dan sebelum bersahur.

Sebelum Berbuka.

Senaman ringan amat disarankan menjelang waktu berbuka puasa kerana badan terus bertindak membakar lemak setelah berpuasa sepanjang hari.

Tiga Jam Selepas Berbuka

Ketika ini badan kita bertenaga. Jadi kita lebih bebas melakukan senaman. Eloklah kita bakar kalori yang kita makan semasa berbuka tadi. Senaman berintesiti sederhana selama sejam sangat bermanfaat kepada kesihatan badan setiap individu.

Digalakkan Bertarawih

Bagi yang tidak mampu bersenam, jangan risau kerana tarawih juga adalah salah satu senaman kerana ia melibatkan pergerakan tubuh badan yang teratur dan berulangan. Lagi bagus kita ke masjid berjalan kaki jika mampu dan jaraknya tidak jauh.

Baca ini juga:

 ikut-menu-sahur-berbuka-ini-confirm-berat-turun-sepanjang-berpuasa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI