Selagi Allah pinjamkan mak dalam hidup kita, hargailah dia. Jagalah hatinya dan paling tidak, cubalah curi-curi masa hubungi mak di kampung.
Ya, mungkin sibuk dengan urusan harian tetapi tak kan lah langsung tak mampu bertanya khabar seorang mak.
Perangai mak kita, kalau dengar anaknya sebut nak makan apa pun mak tetap gigih buat walau kurang sihat. Macam mana pula kita?
Nah, buat renungan bersama… baca perkongsian Hajjah Rohana Saad tentang MAK.
Masa anak kecil-kecil, mak masak apa yang anak-anak suka makan, apa yang anak nak makan. Bila anak dah besar-besar, tak ada pun anak nak siapkan atau bawakan apa yang mak suka makan tapi mintak mak siapkan apa yang anak nak makan. Malah bertanya pun tidak..”mak dah makan?”.
Walaupun sepuluh orang anak, mak tahu setiap selera anak-anaknya tetapi anak-anak tak pernah ambil tahu selera maknya.
Dulu masa mak jaga, korang tak tahu bagaimana susahnya dia nak menjaga dan mendidik korang supaya menjadi anak yang baik seperti sekarang. Mak sanggup lakukan apa sahaja asalkan anak-anaknya selamat, selesa dan gembira. Sanggup lompat seperti katak. Sanggup jadi badut untuk gembirakan anak. Buat apapun mak tak kisah. Tapi korang sekarang sangat berkira masa, wang ringgit dan kasih sayang untuk mak.
Kasih mak kepada kita tidak terhingga, sepanjang masa hanya memberi, tidak mengharap kembali. Bagai sang suria menyinari.. Besar hati mak kalau anak-anak bertanya khabar walau hanya.. “mak dah makan?”.
“Mak merindui kamu nak..”
MW: Hargailah mak selagi dia ada, jangan sampai mak rasa dia kehilangan anak-anaknya.