Misi kemanusiaan ke Bosnia selama 8 hari bagi ibu hamil seperti yang dilakukan oleh pengacara Diana Amir ini bukan satu perkara yang biasa-biasa. Bermacam-macam emosi bermain di fikiran ibu dua anak ini, Khawlah Al Azwar dan Khadijah Azzehra.
“Perjalanan kami kat sini tough. Jalan berbukit macam nak naik Cameron Highlands tu. Dalam sehari ambil masa perjalanan lebih 6 jam. Berputar-putar, Diana sampai muntah 2 kali.
“Makan berat sempat 2 kali sahaja sehari. Lunch jam 5 petang kerana mengejar lokasi yang jauh. Tapi itulah adat musafir. Azab untuk mencuci dosa-dosa. Jadi Alhamdulillah, bersyukurlah perjuangan Nabi Muhammad SAW menyampaikan dakwah lagi dahsyat daripada kecil ujian kami.”
Tulis Diana lagi dalam instagram miliknya, “Ustazah Asmin dalam tazkirah pagi tadi ada sebut, bagi wanita, dakwah terbaiknya ialah di dalam rumah sendiri. Namun, ada juga wanita yang Allah pilih untuk keluar dengan izin suami untuk sampaikan dakwah.
Perpisahan yang panjang dengan anak-anak sesungguhnya mengundang kerinduan di hati ibu bernama Diana Amir ini.
“Bukan ‘sampai hati tinggalkan anak kecil’ and Diana pun sekarang ini sebenarnya tengah pregnant, 10 weeks. Ikutkan logik akal, kenapa pergi misi? Tapi, Allah beri rezeki kepada Diana untuk ambil peluang beramal.
“Jadi, tawakal pada Allah perlu kuat. Dan percayalah, Allah jaga keluarga dengan baik. Kalau ada rezeki, Allah jaga kandungan saya juga sampai saya melahirkan juga dengan baik. After all, semua di dunia ni akan kembali kepadaNya.
Ketika ini, Diana sudahpun sampai ke Lapangan Terbang Doha daripada Bosnia yang mengambil perjalanan selama 5 jam. Dan sedang menunggu transit untuk 7 jam sebelum sambung 8 jam untuk pulang ke Malaysia.
Panjang perjalanan itu, namun misinya untuk mengantuni warga Bosnia, mengumpul maklumat ‘the true story’ tentang apakah yang berlaku pada etnik Bosnia ini sudahpun dilengkapkan.
Luahnya lagi kempen Projek Squad Celebrity Global Volunteers yang turut melibatkan beberapa selebriti ke Bosnia antaranya Farah Lee dan Ashraf Muslim ini, mengundang kesan yang mendalam padanya.
“Kenapa anda kena support misiija4bosnia (instagram). Kenapa team kami di sini ketawa dan menangis teresak-esak bersama. Kenapa bila kami nak balik, kami rasa berat hati dan takut tentang keselamatan mereka
.“Tourist yang dating ke bumi Bosnia hanya akan nampak luarannya sahaja yang cantik. Orang-orang cantik dan handsome, pemandangan yang subhaAllah cantik sangat-sangat. Pasti tak sangka sebenarnya mereka hidup dengan konflik yang sangat dahsyat.
“Yang nampak indah, tak semestinya indah. besar tanggungjawab Allah bagi kat kami nak menyampaikan apa misiija4bosnia cuba capai kepada anda semua Malaysian.
“Semoga Allah beri kekuatan dan kefahaman kepada kami, dan kita semua as a whole untuk membantu mereka di Bosnia yang sangat-sangat memerlukan.”
Ketika bermusafir inilah Diana Amir melihat kelebihan ini Allah telah beri padanya:
1. Melepaskan segala kesulitan
2. Menambah rezeki
3. Belajar adab, sopan santun hidup
4. Menambah ilmu
5. Bertemu sahabat baru .
Selesai menyantui warga Bosnia, Diana Amir sempat berkongsi rasa hatinya yang paling dalam.
Alhamdulillah
Kita dihidupkan dan diberi peluang untuk beramal lagi hari ini, saat ini.
Tapi, saat dipanggil kembali nanti, tak lambat atau tak cepat walau sedetik, harapnya kita bukan dalam golongan insan-insan yang jahil dan kerugian, amin! .
Walau macamana pun sayang seorang insan pada kita, dia takkan mampu untuk sentiasa mendoakan kita saat kita sudah ‘tiada’ nanti, dan lambat laun, kita akan dilupakan… mungkin ditangisi berbulan, berminggu atau bertahun… tapi jauhnya perjalanan di alam barzakh menuju ke akhirat itu jauh lebih lama.
Semoga kita membawa bekal yang secukupnya, amal kebaikan, doa anak yang saleh dan ilmu yang bermanfaat, in sya Allah!!
Jom bangun, dan niatkan nak pi sekolah harini, nak pi belajar, nak pi kerja, nak mandi, nak masak, atau apa sahaja yang kita buat, semuanya untuk mendapat redha Allah.
Kita mulakan dengan Bismillah .
Sonang nak sebut, tapi susah nak buat. Takpe, Allah masih bagi peluang untuk kita beramal selagi kita hidup, terima kasih, alhamdulillah! .
Nota: Dalam gambar ni diana di mana?? Ia sebuah tempat yang amat bersejarah, sekejam-kejam perkara berlaku di sini.. amat meruntun jiwa.. inna lillahi wa inna ilaihi rojiun..
Bantu mereka yang telah pergi, fikir sejenak tentang mereka dan kirimkan bacaan surah AlFatihah serta doa , semoga mereka terselamat dari seksa kubur
Al – Fatihah
Anda yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh layari www.islamic-relief.org.my atau http://www.ukhwahforummah.org
Sumber/Foto : Instagram Diana Amir