Walau Isteri Garang Seperti Singa, Jadi BAHAGIA Bila Suami Bersyukur

Share

Hidup suami isteri ini, jika tiada tolak ansur.. bagaimana mahu mencari bahagia dalam rumah tangga. Dan perlu juga disertakan dengan rasa bersyukur. Kerana tanpanya ini yang akan suami isteri peroleh.

Hadamkan pesanan Marliya Ramli ini kerana banyak benarnya.

TIADA BAHAGIA

Bila kali terakhir kita bersyukur?

10 tahun kawen tiap-tiap malam kita resah sebab suami berdengkur mengalahkan badak kekurangan oksigen. Kita rasa marah. Kita tak cukup tidur. Kita bergaduh dan akhirnya kita bercerai. Kita rasa bahagia dan fikir alangkah baiknya jika dapat suami yang tidurnya baik-baik.

Kita rasa tidak bahagia dengan suami versi dengkuran badak setiap malam.

Ditakdirkan Allah disebabkan kita lawa macam Neelopa, dapatlah suami baru yang tidurnya baik-baik.

Tunaikan nafkah dan memiliki kerjaya yang baik. Namun setiap malam kita berlinangan airmata sebab suami pulangnya lambat kerana menggatal dengan wanita lain. Oh! Kita fikir kita bahagia rupanya kita beroleh kecewa.

Hanya kerana sedikit kekurangan suami versi badak yang lama, kita tinggalkan dia. Kita fikir kita tidak bahagia. Rupanya bila mendapat derita yang lebih besar, kita sedar bahawa setakat suami berdengkur setiap malam pun sebenarnya tiada apa-apa berbanding suami yang curang di depan mata.

Nampak tak?

Tengok Muka Isteri Tak Lawa, Garang Macam Singa..

Kita balik rumah tengok isteri tak lawa, muka biasa-biasa tanpa make up dan garang macam singa. Menjerit kat anak satu taman bergegar seperti pengadil di padang bola.

Dah tak ada uniform lain, set pakaian isteri kita baju kelawar macam dalam gua. Kita tengok isteri jiran ya allah! Solid dan gebu macam anak dara. Isteri jiran nak makan pun berkira-kira kalori sebab takut gemuk.

Kerjaya baik, bijak dan penyayang pula. Maka.. kita fikir kita tidak bahagia
Kita rasa tidak bahagia dengan isteri singa yang kita ada.

Ditakdirkan Allah kita ditemukan jodoh dengan wanita seperti isteri jiran kita. Rupa-rupanya di sebalik wajah yang cantik, body yang solid dan penyayang nya seorang isteri memerlukan belanja. Kita terpaksa bekerja keras siang dan malam bagi memenuhi keperluan isteri lawa kita.

Bila balik rumah tak ada lagi kari kepala ikan sebab isteri kita menjaga badan mana boleh makan masakan bersantan? Malah hingga ke malam isteri baru kita yang bekerjaya besar bermesyuarat dan weekend ke salun juga spa tinggalkan anak-anak untuk kita jaga. Penat dan letih…

Maka kita mula terfikir alangkah indahnya kehidupan lalu kita dengan isteri yang garang seperti singa.

Ini Sebab Suami Isteri Tak Bahagia

Kenapa kita tidak bahagia? Apa maksud bahagia? Kenapa kita masih tidak bahagia walaupun kita beroleh sesuatu yang kita impikan?

Jawapan nya sangat mudah.
Kerana kita lupa untuk memandang sisi baik pasangan kita. Kita lupa untuk melihat kelebihan yang pasangan kita ada.

Hatta suami berdengkur seperti badak air setiap malam, tapi dia berada di sisi kita dan setia bersama keluarga.
Hatta isteri berwajah biasa-biasa dan garang seperti singa tapi dia cekap menguruskan rumahtangga malah masakannya mengenyangkan perut kita.

Maka.. bagaimana mahu beroleh bahagia?

Tak apalah jika suami kita tidak romantic, boroi dan tidak kaya asalkan dia setia di sisi keluarga.
Tak apalah jika isteri kita tak lawa, tak gebu dan tidak bekerjaya gah asalkan dia bijak mengurus keluarga. Ya.. kita bisu, pekak dan buta.

Mulut kita bisu untuk meluahkan cinta. Telinga kita pekak untuk mendengar yang baik-baik. Malah mata kita buta untuk menghargai keistimewaan yang kita ada. Malang sungguh! #apeni

Bahagia Itu, Bila Tahu Menghargai Apa Ada Depan Mata

Selagi kita bisu, pekak dan buta, selagi itulah kita tidak akan faham erti bahagia. Ertinya bahagia adalah apabila kita menghargai apa yang di depan mata.

Bila kali terakhir kita pandang wajah pasangan melebihi satu minit? Bila kali terakhir kita cium tangan suami memohon kemaafan?
Bila kali terakhir kita ucapkan terima kasih pada isteri yang selama ini berada di sisi? Bila kali terakhir kita bersyukur kerana memiliki dia?

Bila kali terakhir kita menyatakan cinta minimum 10 kali sehari?
Bila? Bila? Dan bila?
Selagi kita tidak menghargai apa yang kita ada, selagi itulah TIADA BAHAGIA dalam kamus hidup kita.

Salam sayang dari bini yang tak pernah ada baju kelawar!

Sumber/Foto : Marliya Ramli

Published by
Netty Ah Hiyer