Sungguh, kehadiran cahaya mata begitu dinanti pasangan suami isteri. Lagi-lagi bertahun mendirikan rumah tangga, tuhan uji belum direzekikan zuriat. Bertahun menanti, pelbagai usaha telah dicuba. Sampailah masanya, tuhan rezekikan kehadiran cahaya mata, biarpun anugerah itu bukan hadir dari rahim isteri sendiri.
Begitulah bagi pelawak terkenal Achey Bocey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya yang pernah melalui ujian lapan tahun menanti cahaya mata. Sehinggalah 22 Mei 2018, pasangan ini direzekikan kehadiran anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah Nasir.
Hari Bapa lalu, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah berkongsi rasa hati. Tentang anak kecintaannya itu. Yang mana, hadirnya si comel itu telah mengubah statusnya menjadi seorang ayah.
Dialah Punca!
Katanya, “Aku merasa hari ini, Aku bersyukur pada Allah. Jika tidak DIA kurniakan Tiara Zinnirah kepada ku… tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di Hari Bapa.
IKLAN
Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu…. kini dapat dicurahkan kepadanya.”
Ini janji Achey pada si comel Tiara, “Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak. Maaf, ayah pohon kepada awak dan mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawab.
IKLAN
Ayah sayang awak ucuk achammm.”
Tiara dilahirkan pada 15 Mei 2018, jam 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur.
MW : Kadangkala ayah tak tunjuk rasa sayang pada anak-anak, bukan dia tak sayang.. cuma dia tak reti nak luah. Biasanya ayah luah melalui tanggungjawabnya hari-hari. Begitulah..
Cantiknya lahai tengok Datin Seri Zizie Izette lepas bersalin. Biar pun baru-baru ini beliau berkongsi gambar simple OOTD, ibu anak kembar ini tetap mantain cantik malah sentiasa berseri-seri.
Kata isteri kepada Datuk Seri Bung Moktar Radin, ahli parlimen Kinabatangan ini, sejak adanya anak kembar, Aadam Zac Izette (abang) dan Aaleph Zeke Izette (adik) dirinya semakin sibuk menguruskan mereka.
“Sejak dah ada anak berderet-deret ini, nak keluar pun dah main sarung je. Apa-apa yang ada. Muka pun togel je.
“Nak siapkan anak-anak pun dah makan masa.”
“Last-last mommy asal siap je dah.”
Ini kerana akuinya, bab menguruskan anak-anak kebanyakannya diuruskan sendiri. Dan tak bergantung sepenuhnya dengan pembantu.
“I dont depend 100% on my helpers.”
“Mostly semua buat sendiri bab menguruskan anak-anak melainkan tak cukup dua kerat tangan ini.” Baguskan ibu anak kembar ini. Bermakna kasih sayang anak-anak akan tertumpah sepenuhnya dekat ibu.
Bonding dengan anak-anak pun akan terbina jika ibu dan ayah uruskan sendiri anak-anak mereka sejak dari bayi lagi.
Datin Seri Zizie Izette juga mempunyai anak perempuan, Naila Nur Jenna berusia 3 tahun.
Demi Kembar, Lepas Ini Dan Seterusnya.. Ini OOTD Paling Ringkas
Akui Datin Seri Zizie lagi,
“This is my simplest ootd. It will be this way from now on.”
“Yang penting ada gambar. Jadilah..”
Apa pun yang Datin Seri Zizie pakai tetap cantik di mata para peminatnya. Baca komen-komen peminat ni..
Pantang 44 Hari
Tengok bentuk tubuh Datin Seri Zizie yang kembali langsing selepas melahirkan anak kembar sememangnya menjadi idaman mana-mana mak-mak yang alami berat badan naik mendadak sepanjang kehamilan.
Beliau berpantang selama 44 hari dan menggunakan khidmat Kimporo postnatal. Antara artis lain yang pernah menggunakan khidmat ‘postnatal rejuvenation retreat’ ini adalah pelakon dan pengacara Yasmin Hani.
Aadam Zac Izeete dan Aaleph Zeke Izette (sebutannya Alif) dilahirkan pada hari Jumaat, 29 Disember 2017 pada jam 5. 48 pagi (Aadam) dan 5.50 pagi (Aaleph) dengan berat masing-masing 2.74 KG dan 2.78 KG.
Hadiah hari lahir Sweet Qismina, Adam Lee ikat tali pertunangan. Wah sama cantik sama padan, semoga ikatan ini berakhir ke jenjang pelamin.
Mingguan Wanita doakan pasangan pelakon yang sudah menyulam percintaan selama tiga dipermudahkan jodoh mereka hingga ke tarikh pernikahan.
Sweet Qismina dan Adam Lee masing masing memuat naik gambar pertunangan di Instagram dan rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan suka melihat pasangan ini.
Seperti yang dimaklumkan, majlis pertunangan pasangan ini berlangsung pada 24 Oktober di sebuah rumah persendirian di Ampang dihadiri 20 orang tetamu di kalangan ahli keluarga masing masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Hadiah Hari Lahir Sweet Qismina, Adam Lee Ikat Tali Pertunangan
Paling menggembirakan tarikh tersebut juga merupakab sambutan ulang tahun Sweet Qismina yang ke 24 tahun. Ternyata majlis pertunangan ini berganda kemanisannya buat gadis yang cukup ayu ini.
“Ini bukan babak penggambaran drama, tapi memang kami betul betul bertunang,” ungkap Sweet Qismina.
Peminat Sering Bertanya Bila Hendak Ada Ikatan
Pada majlis berkenaan, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Adam.
“Lagipun peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin. Begitu juga peminat dari Indonesia yang bertalu talu tanya ‘kapan’ (bila) mahu ada ikatan sah.
“Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,” kata Sweet Qismina yang telah lama merancang untuk mengadakan majlis pertunangan ini.
Isteri Kirim Duit RM10 Ribu Sebulan Tanggung Keluarga, Suami Berpoya Kahwin Lain! Memang geram dan sakit hati apabila pengorbanan berjauhan dengan anak-anak demi mencari rezeki di luar negara untuk menanggung perbelanjaan keluarga dibalas dengan kecurangan suami. Niat meringankan tanggungjawab suami, sebaliknya diri dikhianati dan ditipu sewenang-wenangnya. Malah ribuan duit yang diberikan setiap bulan digunakan untuk kahwin lain.
Isteri diperantauan cari rezeki, suami di tanah air cari bini.
Saya ada satu kisah yang nak dikongsikan. Mudah-mudahan menjadi pengajaran. Pernah dengar tak peribahasa ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’?
Lebih kurang 4 tahun yang lalu, saya berjumpa dengan seorang wanita yang datang ke firma untuk mendapatkan nasihat tentang kesnya. Umurnya sekitar awal 40an, tinggi orangnya dan manis senyumannya. Tutur katanya lembut sahaja menyapa staf firma.
Pendapatan Cecah RM15,000 Sebulan
Patutlah. Rupa-rupanya wanita ini bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital Swasta di luar negara.
Seronok dia ceritakan tentang pengalaman dia bekerja disana. Bahkan, pendapatannya disana mencecah RM10 ribu ke RM15 ribu setiap bulan.
Lebih daripada 2 tahun beliau bekerja disana. Asalnya dia sendiri tidak mahu kesana sebab memikirkan tentang anak-anak.
Tapi, disebabkan keadaan suaminya yang dibuang kerja dan hanya membuat kerja-kerja kampung, maka dia perlu cari kerja yang boleh dapat lebih pendapatan.
Rezeki itu datang bersama ujian. Dia mendapat tawaran untuk berkhidmat di sebuah negara Arab sebagai jururawat di salah sebuah hospital. Gajinya lumayan, cuma kontraknya agak lama.
Wanita ini berat untuk tinggalkan tiga orang anaknya yang masih bersekolah. Namun, disebabkan suaminya memberi semangat dan izinkannya bagi mencari pendapatan lebih demi masa depan anak-anak, dia pun setuju.
Setiap Bulan Kirim Wang
Setiap bulan, wanita ini tak pernah ‘miss’ untuk kirimkan wang berjumlah lebih kurang RM8 ke RM10 ribu setiap bulan ke Malaysia.
Ye lah, disana tempat tinggal pun di asrama jrururawat. Makan minum pun apalah sangat. Cukuplah kalau setakat duit belanja sikit-sikit untuk dia.
Duit yang dikirimkan di Malaysia, semuanya dimasukkan ke dalam akaun suaminya. Duit itu dia amanahkan untuk buat belanja makan minum anak-anak dan bayar segala loan rumah dan kereta.
Lepas 2 tahun, dia pulang ke Malaysia untuk cuti panjang sebelum kembali kesana, dia agak pelik. Sikap suaminya seolah-olah berubah.
Beliau kerap keluar malam dan balik lewat pagi. Anak-anak juga beritahu hal yang sama.
Nak jadi cerita, wanita ini cuba semak dalam akaun bank milik suaminya.
RM1000 sahaja wehhhhh…Terkejut dia.
Dia cuba tanya kepada anak-anak, adakah bapa mereka beli apa-apa keperluan yang mahal kepada mereka setiap bulan?
Terkejut dia bila anak-anak beritahu, kadang-kadang mereka selalu pergi makan di rumah nenek mereka sahaja. Ayahnya tak pernah beli apa-apa.
Dia cuba selongkar bilik tidur dan mana-mana pelusuk rumah untuk cari apa-apa bukti.
Jumpa Sijil Nikah Thailand
Menangis dia tak henti-henti. Di tangannya ada sekeping Sijil Nikah tulisan jawi dari Wilayah Songkhla. Tertera nama suaminya dan seorang wanita yang dia tak kenali. Sijil itu terselit kemas dibawah fail-fail lama yang tak terusik.
Bila suaminya balik, dia tenang dan bertanya kepada suaminya. Adakah dia mengaku?
‘Sumpah abang tak kahwin lain pun. Ni mesti ada orang nak rosak rumahtangga kita’, muka tak bersalah dan tuduh orang lain pula.
Dia tunjukkan Sijil Nikah tersebut.
Biru, hijau, biru, hijau wajah suaminya.
Duit Untuk Kahwin Baru
Wanita ini desak dan akhirnya dia mengaku.
Duit yang diberikan setiap bulan, tak digunakan sepenuhnya untuk anak-anak. Sebaliknya, dia gunakan untuk perkahwinan barunya dan belanjakan untuk kediaman dia dengan isteri baru.
Wanita ini tenang setelah dengar jawapan. Dan kemudian, suasana tegang itu kembali tenang setelah si suami keluar daripada rumah tersebut.
Sedih bila dengar kisah suami ambil kesempatan begini. Wanita ini tambah geram bila suaminya enggan melepaskan dirinya dengan baik.
Alhamdulillah, setelah hampir setahun kesnya di Mahkamah, maka mahkamah menerima tuntutan fasakh yang kami failkan dan menolak pembelaan suaminya.
Kesimpulannya, beringatlah wahai isteri yang baik. Tak salah nak berbuat baik dan nak bantu suami. Cuma, kena ingat, bila kita nak berbuat baik, pastikan kita tidak mudah ditipu.
Nak bantu cari pendapatan itu boleh, cuma jangan sampai suami tak rasa itu sudah tanggungjawabnya yang asal.
Mingguan Wanita: Isteri bertungkus lumus bantu untuk perbelanjaan keluarga suami pula dengan mudahnya mengambil kesempatan berpoya-poya dengan wanita lain. Memang tak patut dan kecewanya hati. Pesanan buat wanita, berbuat baik berpada-padalah, jangan terlalu mempercayai hingga diri mudah ditipu.
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.Malah...