Musim-musim PKP ini, walau anak berkurung dalam rumah cepat benar mereka jatuh sakit. Kalau tak selema, adalah sikit sakit tekak mahupun batuk. Risau jangan ceritalah.
Lagi-lagi waktu sekarang ini, dengan perintah Duduk Rumah tak mudah nak dapatkan klinik harian yang buka bila-bila masa. Nak kata anak terdedah dengan persekitaran yang tak bagus, tak juga.
Rupa-rupanya, kata Dr Ahmad Luqman Bukhari anak yang mudah benar jatuh sakit ini sebab mak ayah tak jaga pemakanan anak, masih simpan junk food dalam rumah.
Dah seminggu (ketika status dimuatnaik) anak-anak duk berkurung dalam rumah. Tak ada pergi mana-mana pun. Tapi tetap kami masih jumpa ramai budak yang sakit, demam, batuk dan selsema.
Kalau nak kata berjangkit, orang lain kat rumah sihat belaka.
Kawan-kawan yang kerja di klinik kesihatan beritahu perkara yang sama juga.
Ada kanak-kanak yang keadaannya teruk sangat hingga terpaksa kami rawat di bahagian kecemasan hospital.
Sedih sangat. Itu sebenarnya tanda immuniti badan anak-anak kita dah terlampau lemah.
Puncanya sebab kita masih lagi simpan stok junk food dekat rumah. Dan itu yang anak duk hadap hari-hari.
Semua makanan tu tak ada zat dan nutrisi penting.
Ada kajian daripada pemenang hadiah Nobel, Linus Pauling, dia beritahu yang pengambilan gula berlebihan sebenarnya akan beri effect besar pada proses penyerapan vitamin C dekat usus manusia.
Proses tu terganggu dan berkurangan kerana kandungan gula yang tinggi dalam makanan dan minuman.
Sia-sia je kita beri anak diet buah yang ada vitamin C, tapi dalam masa sama kita beri juga junk food sebab badan tak mampu nak serap zat tu.
Akhirnya sistem pertahanan badan anak jadi merosot dan imuniti makin lemah. Mudah benar jatuh sakit. Hatta dekat dalam rumah sendiri!
Tolong ya. Mak ayah kena revise balik apa yang kita suap masuk dalam badan anak.
Saya risau sangat bila lihat ada kanak kanak yang terpaksa dibawa ke hospital, ke klinik, waktu wabak teruk macam ni. Takut-takut tak bernasib baik, terbawa balik virus berbahaya ke rumah.
Saya betul-betul nak sedarkan semua parent tentang hal ni.
Bantu saya #share info ni pada mak ayah yang lain ya. Harapnya kita semua dapat kuatkan imuniti badan anak pada waktu genting sekarang ni.
MW : Dah tahu kan bahaya junk food dekat anak-anak ini. Jadi lebihkan lah makan sayuran dan buah-buahan untuk membina sistem imuniti yang baik dalam tubuh anak kita.
Sumber/Foto : Dr Ahmad Luqman Bukhari