Kena marah atau nak marah pasangan, itu tak pelik. Malah tak logik kalau tak pernah bertikam lidah dalam rumah tangga. Biasalah, ada benda kita rasa si dia yang salah dan langsung tak boleh terima pendapatnya. Tetapi kalau betulkan, mungkin boleh jadi lawan.
Nak tak nak kita pilih untuk berdiam diri. Itulah yang aku rasa semalam. Tetiba dia buat aku marah. Yang tak best, waktu hujung-hujung aku dah nak tarik selimut. Apa lagi, aku membebel dua tiga kerat. Tup.. tup… dia balas.
“Dia yang mulakan dulu, lepas tu nak salahkan orang.”
Luah dia dengan rasa tak puas hati.
Isyh, rasa macam kena simbah minyak. Lagilah aku bising. Nampak tak perempuan ni dia jenis tak nak kalah. Dia salah atau idak, dia tetap nak menang. Situasi ni kaum suami kena faham.
“Mana ada, bila pula saya yang buat? Awak yang mulakan, ingat tak sakit ke?” Blaa.. blaa…
Ditepek lagi dan lagi.
“Dah, tak payah bising, sabar sikit.”
Tudiaa… perang dah bermula!
Kalau isteri marah tentang sesuatu, ayat suruh mereka BERTENANG tak akan membantu. Lagi buat mereka rasa tertekan dan tak nak dengar langsung apa yang anda cakap itu, ya. Dan ini adalah ayat yang paling salah!
Jadi, berhenti sebut ayat ini dan sebaiknya tak payah keluarkan ayat yang boleh buat isteri mengamuk.
Sebenarnya ada banyak sebab mengapa isteri marah – mungkin suami menyakitkan hati, rasa annoying atau sebagainya, dan period bukan sebab utama isteri marah. Tolong faham.
Kebetulan pula semalam aku tengah period. Dan cerita marah-marah habis dengan dia yang mula diamkan diri. Haaaa… agak bagus tengok dia dah mula diam dan ambil air wudhuk. Nampaknya aku boleh tidur dengan tenang walau hakikatnya aku pun salah.
Kalau ikutkan hati yang sedang marah, nak lagi aku sambung. Maklumlah syaitan tengah kipas, fuh… mujur fikirkan anak-anak pun dah tidur.
Kes ditutup! Bangun esoknya aku bercakap dengan suami seolah-olah macam tak ada apa yang berlaku. Alhamdulillah… betapa mudahnya nak bahagia suami isteri.