‘Waktu Menyusukan, Ibu Kerbau Hilang Nyawa’ Satu Persatu Kerbau Syukur Rebah

Share

Sejak Rabu lalu, satu persatu kerbau milik Mowgli Malaysia, Muhammad Syukur Khamis, 15 mati disebabkan penyakit hawar berdarah atau Haemorragic Septicamia (HS). Jumlahnya lebih 41 daripada 110 kerbau mati secara mengejut.

Lebih menyedihkan, ada ibu kerbau yang sedang menyusukan anaknya mati kerana penyakit itu. Baru sebulan lalu, ibu kerbau melahirkan anaknya. Terpinga-pingan anak kerbau bila lihat ibunya dah tak bernyawa.

Baik Syukur, mahupun ayahnya Khamis Jusoh, 64 dalam kebuntuan. Tak tahu cara mana lagi nak selamatkan kerbau-kerbaunya yang masih tinggal.

Biar pun usaha mengalihkan kerbau-kerbau lain sejauh 30 meter dari kandang utama, tetap masih juga ada yang terkena simptom hawar berdarah.

Pesanan Dari Menteri Agama

Berita kematian kerbau Mowgli Malaysia ini sampai juga ke pengetahuan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Di laman instagramnya, beliau menitipkan pesanan.

Pagi ini menerima berita kematian mengejut 36 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu. Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang. ⁣

Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya. Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat. ⁣

Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sisi-Nya.⁣

Doa Ketika Ditimpa Musibah

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ⁣

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”

Hebat ujian Khamis Jusoh dan anaknya ini. “Sekiranya kerbau yang ada tidak dapat diselamatkan apa boleh buat, semuanya kehendak Allah dan saya perlu redha.” Ungkap Khamis lagi.

Baca sini : Kecoh bila bayi kambing terlekatdi perut ibunya, wanita kongsi detik cemas bidankan kambing beranak

Suntikan Antibiotik Sebagai Jalan Akhir

Hari ini, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu memaklumkan, jalan akhir adalah melalui suntikan antibiotik.

Kata Dr Mohd Termizi Ghazali, “Hanya itu saja usaha yang boleh diambil untuk menyelamatkan baki kerbau yang masih tinggal.” Hari ini, 58 kerbau Syukur diberikan suntikan itu.

Pemantauan kerbau di kandang kerbau turut dilakukan, supaya penyakit itu tak menular ke tempat lain.

Segala pergerakan ternakan kerbau dan kerbau di kawasan Kampung Sedara ke kawasan lain tak dibenarkan. Arahan halangan yang dibuat itu sehingga wabak pulih sepenuhnya

.”

Malah pihak tak berkaitan terutama orang awak pun tak dibenarkan memasuki kawasan kandang kerbau berkenaan. Sesiapa yang melanggar arahan boleh dikenakan tindakan mengikut subseksyen 70 Akta Binatang 1953 (Akta 647).

Jika sabit kesalahan boleh didenda tak melebihi RM5,000 atau penjara selama tak melebihi enam bulan.” katanya lagi.

MW : Semoga Syukur dan ayahnya diberi ketabahan dan kecekalan dengan ujian ini.

Sumber/Foto : Harian Metro, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, DollahDeenPhotography

Published by
NETTY AH HIYER