Waktu Mak Ayah Sakit Tak Nak Jaga, Dah Tiada BEREBUT Tuntut Harta Pusaka

Share

Jangan sampai adik beradik ada sekelumit pun perasaan kecintaan pada harta dunia, berebut harta pusaka kerana semua itu takkan membawa ke jalan bahagia.

Makin buat orang tua lebih terseksa jiwa raganya. Kenapa?

Bila kau orang adik beradik mula bergaduh kerana harta pusaka, maka tiada lagi kemanisan memori indah waktu kecil, dibesarkan mak ayah dengan penuh kasih sayang. Yang tinggal cumalah, hasad dengki dan saling tidak berpuas hati.

Pesan Firdaus Shakirin untuk adik-beradik ini terutama tentang HARTA PUSAKA perlu kita perhalusi baik-baik. Agar mak ayah terus tenang hatinya, walau pun mereka sudah ada di alam lain kelak.

Pesat Kat Adik Beradik..

Bila dah besar, dah ada keje, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri… beli rumah, beli tanah, beli aset.

Bagi ada harta dengan nama sendiri.

Jangan direbutnya tanah sekangkang kera di kampung tu nanti. Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka.

Tak guna…

Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan pikir, jangan berharap… jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah.

Jangan…

Usaha Sendiri Kumpul Harta, Jangan Buat Mak Ayah Macam Bola

Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, nak bergaduh dan nak menuntut. Walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti… tup tup bila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat “hak” kita.

Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke?

Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita… yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa dari mereka.

Ini tak, kita buat mereka seperti bola… sekejap pass sana, sekejap pass sini.

Kita sebagai anak yang perlu bagi “sesuatu” kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka.

Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan… tapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama “harta pusaka”.

Time sakit tak nak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.

MW : Sayunya bila ada adik beradik yang hanyut dalam perebutan harta dunia ini. Cepat-cepatlah istighfar dalam hati, sebut sebanyak-banyaknya dalam sehari. Moga Allah pelihara hati agar cinta itu tak lagi bersifat duniawi.

Sumber : Firdaus Syakirin

Published by
Netty Ah Hiyer