Siapa sangka idea memendekkan waktu bekerja dalam seminggu sebenarnya mempunyai kelebihan yang tersendiri.Berbanding tempoh waktu kerja standard 5 hari waktu bekerja, cubaan berani Microsoft Jepun, memperkenalkan waktu kerja pendek kepada empat hari seminggu bermula Ogos lalu ternyata terbukti berkesan dalam meningkatkan jualan dan penjimatan.
Idea radikal itu dilaksanakan gergasi IT Amerika Syarikat (AS) Microsoft di Jepun, yang terkenal kuat bekerja dengan menutup perniagaan pada setiap Jumaat sejak Ogos lalu, sempena eksperimentasi projek baru yang dinamakan ‘Work-Life Choice Challenge Summer 2019’, sekali gus memberikan 2,300 pekerjanya cuti istimewa tanpa memotong gaji.
Bukan itu sahaja, pihak syarikat juga memberikan subsidi percutian keluarga kepada para pekerja dengan bayaran sehingga hampir RM3,800.
Perlaksanaan bekerja empat hari seminggu di Microsoft,Jepun ternyata membuatkan para pekerja berasa lebih gembira dan bekerja dengan lebih produktif.
“Kerja waktu yang pendek, banyakkan rehat dan pelajari pelbagai perkara,”
Ads
“Saya mahu para pekerja berfikir merasai pengalaman yang dia tetap boleh perolehi keputusan yang sama dengan hasil pengurangan 20 peratus waktu bekerja,” kata Takuya Hirano, Presiden dan CEO Microsoft,Jepun dalam kenyataannya di website Microsoft Jepun.
Keputusan Positif
Hasil yang diperoleh sangat positif, apabila jualan bagi setiap kakitangan meningkat kepada sehingga 40 peratus pada Ogos sejak setahun lalu. Penggunaan elektrik juga dikurangkan kepada suku selain penggunaan kertas yang berjaya dikurangkan sehingga separuh.
Firma itu berkata, cubaan itu menunjukkan pekerja mahukan pelbagai pilihan untuk melaksanakan tugas dan dengan mengamalkan model yang lebih meluas mampu meningkatkan kecekapan.
Ads
Microsoft merancang untuk melancarkan program yang sama musim sejuk ini, tetapi tidak akan menawarkan cuti khas. Sebaliknya, pekerja akan digalakkan untuk menggunakan cuti sedia ada, katanya.
Amalan Gaya Kerja Fleksibel
Program ini diperkenalkan ketika kerajaan Jepun menyasar kepada amalan gaya kerja yang lebih pelbagai dan fleksibel, sekali gus menggesa perusahaan untuk menerima telekomunikasi, jadual kerja sambilan yang berbeza dan berulang-alik di luar waktu puncak.
Ads
Ia turut mengehadkan waktu mesyuarat kepada maksimum 30 minit dan menggalakkan perbualan dalam talian sebagai alternatif berbanding komunikasi secara bersemuka.
Penyertaan dalam setiap mesyuarat pula dihadkan kepada hanya lima orang sahaja dan pekerja turut digalakkan menggunakan komunikasi dalam talian berbanding emel.
Usaha ini adalah sebahagian daripada percubaan untuk menangani isu ‘karoshi’ atau kematian akibat terlalu kuat bekerja dan menggalakkan pasangan untuk mempunyai anak di negara yang bergelut dengan populasi yang semakin mengecil. – AFP
MW: Menarik juga langkah pendekkan waktu bekerja yang dilakukan oleh syarikat Microsoft di Jepun ini. Jualan lebih produktif, meningkat dan kurangkan tekanan pekerja. Terbaik!
Bagi sesetengah negara, mengamalkan poligami adalah merupakan satu kesalahan malah boleh dikenakan hukuman dan denda oleh mahkamah.Jika beristeri 2,3,4 mungkin dianggap antara perkara biasa ramai yang lakukan, tapi bagaimana sekiranya memilki 24 orang isteri dan bilangan anak hampir 150 orang?
Seorang lelaki yang memiliki 24 isteri dan 149 anak dikenakan tahanan rumah dan kerja khidmat masyarakat selepas didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di Kanada kerana mengamalkan poligami.
Tahanan Rumah & Khidmat Masyarakat
Fox News melaporkan, Winston Blackmore, 61, didapati bersalah tahun lalu, kerana mempunyai 24 isteri dan dikenakan enam bulan tahanan rumah, 150 jam khidmat masyarakat dan tempoh percubaan selama setahun.Blackmore dilaporkan mempunyai 149 anak hasil perkahwinannya itu.
Seorang lagi rakannya, James Oler, 53, yang mempunyai lima isteri diarahkan menjalani tahanan rumah selama tiga bulan, 75 jam khidmat masyarakat dan tempoh percubaan selama setahun.Hukuman terhadap kedua-dua tertuduh diumumkan Mahkamah Agung British Columbia pada Selasa lalu.Walaupun dikenakan tahanan rumah mereka dibenarkan untuk keluar bekerja dan perkara kecemasan berkaitan perubatan.
Kumpulan Fundamentalis
Kedua-dua lelaki itu adalah pemimpin kumpulan fundamentalis di Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints yang percaya dengan perkahwinan berganda.
Hakim Sheri Ann Donegan berkata, kedua-dua tertuduh rakyat yang rajin bekerja dan patuh pada undang-undang tetapi untuk membebaskan mereka daripada tuduhan adalah tidak wajar.Katanya, sebahagian isteri lelaki berkenaan berusia semuda 15 tahun ketika dikahwini.
“Dia (Blackmore) dengan jelas memberitahu tiada hukuman boleh menghalangnya daripada mengamalkan apa yang dipercayainya. Konsep kesal tiada pada dirinya dalam konteks ini,” kata Sheri Ann.
Mengikut undang-undang Kanada, mereka yang mengamalkan poligami di negara itu boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun.
“Saya bersalah kerana menghidupkan agama dan hanya itu yang mahu saya katakan kerana saya tidak pernah menafikannya,” kata Blackmore kepada pemberita selepas sabitannya pada tahun lalu.
Ada satu isteri pun dah macam-macam ragam dan banyak perkara untuk diuruskan, inikan pula miliki 24 orang isteri!Fuhh memang hebat!
Keluarga pemandu lori, Sezaini Bin Abd Satar menjalani kehidupan serba sederhana. Rumah batu yang keluarganya diami itu pun rumah yang disewa. Pada Jun 2016, Sezaini ke Hospital Klang untuk mendapatkan rawatan sakit-sakit yang dialami.
Lama dia ditahan di wad, dekat 49 hari. Selepas tarikh itu, tahulah dia apabila dimaklumkan oleh doktor sakitnya selama ini adalah berpunca dari Hepatitis C dan kerosakan pada hati.
Bagaikan dihempas ke lautan badai, Sezaini terpaksa menerima hakikat yang dirinya tak lagi mampu bekerja. Ketika itu, isterilah mengambil tanggungjawab dan amanah seorang ketua keluarga.
Isterilah yang bekerja, membanting tulang empat kerat menyara kehidupan keluarga mereka termasuk menjaga suami yang sakit. Namun, sekuat mana pun kudrat isteri, dia tetap seorang wanita.
Tenaganya terhad, upayanya tersekat. Gaji bulanan yang diterima tetap tidak dapat menampung keperluan bulanan mereka. “Sebelum ini saya mohon sewa rumah sebanyak RM280.” tutur wanita cekal ini.
Bebannya semakin sarat selepas suami sakit sepenuhnya. “Saya ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) memohon bulanan kewangan dan dapat RM350.”
Sehari RM50 Untuk Ulang Alik Ke Hospital
Itulah kos yang akan dibelanjakan untuk menampung keperluan rawatan perubatan suami. Terutama setiap kali perlu berulang alik ke hospital untuk belanja pengangkutan mereka.
Sebelum ini, dia terpaksa meminta bantuan jiran untuk membawa suaminya ke hospital. “Setiap kali rawatan ke hospital, saya terpaksa meminta bantuan daripada jiran. Kos rawatan ke hospital memangg tinggi setiap kali pergi. Sekurang-kurangnya RM50.” sambung suaminya sayu.
Bantuan daripada LZS memudahkan keluarga ini menguruskan keperluan harian mereka dengan lebih mudah.
“Saya berterima kasih kepada pihat zakat kerana menolong keluarga kami. Harap suami saya cepat sembuh, kalau boleh dapat bekerja semula.” Doa isteri ini untuk suaminya.
Begitu juga dengan Sezaini yang mengharapkan keajaiban berlaku ke atas dirinya. Beliau memohon padaNya agar disembuhkan penyakitnya. Dan Mingguan Wanita mendoakan agar impiannya itu dimakbulkan Allah. Amin.
Keluarga Sezaini ini telah disantuni oleh LZS sejak tahun 2015. Antara bantuan yang diterima oleh keluarga ini adalah :
Bantuan Kewangan & Makanan Bulanan
Bantuan Pendidikan
Bantuan Sewa Rumah
Bantuan Hari Raya
Ketahuilah bahawa kisah keluarga Sezaini Bin Abd Sattar ini merupakan satu daripada 45 471 keluarga asnaf fakir dan miskin yang disantuni oleh zakat anda.
Keluarga Sezaini Yang Disantuni Lembaga Zakat Selangor
Sumber/Foto/Video : Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tersentuh hati dengan pesanan langsung Instagram (DM) dari salah seorang pengikutnya di laman Instagram, penyanyi yang lahir dari rancangan realiti TV, Akademi Fantasia (AF) Mila Jirin menyuarakan luahan hatinya.
Mesej yang tertulis “Kau dah tak laku nyanyi, kau jual nasi arab pula” benar-benar menyinggung perasaan usahawan wanita ini.
Mila Jirin “Saya Iktiar Pastikan Pekerja Kami Kekal Punya Pekerjaan Dan Gaji”
Mila dan suaminya yang mengusahakan perniagaan, Bizmillah Catering dan Services by Mila Jirin juga turut terkesan dek kerana Pandemik Covid-19. Pelbagai usaha dilakukan demi memastikan perniagaannya mampu kekal dan mampu membayar gaji pekerjanya.
Dalam usaha tersebut, Mila berasa sangat sedih apabila ada yang menyindirnya apabila terbaru dia dan suami menjual Nasi Arab. Seperti perkongsianya di akaun Instagramnya Mila rasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
“Tengah reply DM…Terselit 1 DM ni.
“Kenapa ada juga MANUSIA yang suka BERKATA KATA tidak baik pada sesama MANUSIA?
“Apa salah saya jual NASI ARAB? Saya IKHLAS berniaga kerana ALLAH.
“Ini IKHTIAR yang kami lakukan dalam kesinambungan kami untuk memastikan PARA PEKERJA KAMI KEKAL PUNYA PEKERJAAN DAN GAJI
“Awak yang menulis…Saya MALAS nak mention nama awak disini.
Akui Sudah Lama Tidak Menyanyi “Bukan Tak Laku, Tapi Allah Tak Izinkan”
“Saya MEMANG DAH LAMA tak menyanyi…Bukan sebab TAK LAKU tapi sebab ALLAH TAK IZINKAN.
“Fahami KONSEP “Sesuatu BERLAKU atas keizinan ALLAH” bukan atas kita MANUSIA…Hatta awak sendiri pun tak ada KUASA nak tentukan apa jua REZEKI AWAK HARI INI….
“Jadi MANUSIA penuh dengan KASIH SAYANG BANTU MEMBANTU sesama kita.. Tak boleh bantu sahabat2 kita secara wang ringgit, bantu secara kudrat…Andai kudrat pun tak mampu…bantu secara sokongan moral…
“Saya BERSYUKUR walaupun tak LAKU dalam dunia seni saya YAKIN…Perancangan ALLAH maha hebat… Ada sebab musabab ianya berlaku ….
“Maaf saya sedikit tersentuh dengan komen awak….Saya cuma FIKIR…apa tujuan awak DM macam tu.
“Saya MAAFKAN awak, mungkin awak NAIF”
Hampir Setahun Allah Uji Kami Insan Insan Yang Berniaga…..Tapi Kami Tak Akan Pernag Putus Harap…Sebab Kami Yakin PERANCANGAN ALLAH MAHA HEBAT,” Tulis Mila.
Alyah perjelas Zara anak saudaranya. Sebagai ibu saudara, sudah pasti amat menjaga kebajikan ahli keluarga mereka sendiri. Begitu juga yang dilakukan oleh Datin Alyah....