Bukan mudah mempunyai kawan baik yang dapat membantu dikala susah dan senang malah hingga ke liang lahad. Jika penah mengenali mahupun mengikuti di laman sosial usahawan muda Hafiz Mahamad banyak kisah kejayaannya menjadi inspirasi kepada ramai anak muda. Termasuk, mewakaf van jenazah untuk kegunaan masjid di kampung.
Sebelum ini, Hafiz ada memuat naik beberapa perkongsian video menunjukkan beliau bergegas ke Kelantan untuk melawat sahabat baiknya, Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Nor yang jatuh sakit akibat strok.
Namun terbaru dikhabarkan sahabatnya yang lebih dikenali dengan panggilan nama Loh telah menghembuskan nafas terakhir pada Subuh 22 Disember.Disebabkan perkara tersebut, Hafiz sekali lagi telah bergegas ke Kelantan bagi melawat jenazah sahabat baiknya itu dan berkongsi ‘perjalanan terakhir’ sahabatnya itu di sana.
Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu, beliau berasa bersyukur kerana dapat menjadi imam ketika solat jenazah diadakan.
Dalam masa yang sama, Hafiz turut tidak menyangka bahawa van jenazah yang pernah diwakafkan olehnya untuk kegunaan masjid kampungnya itu telah menjadi kenderaan terakhir buat sahabat baiknya itu.
Ini kali terakhir aku datang sahabat.
Subuh tadi saya terima call sahabat saya loh dah tak ada.
Ya Allah, sebak & terkejut terus hati saya. Saya terus beli ticket flight & fly ke Kelantan.
Keluarga sahabat semua tunggu saya sampai untuk uruskan jenazah.
Waktu di Airport, menitis air mata saya. Rindu & cinta sangat dkt sahabat saya. Bila sampai di Kelantan terus ke bilik Jenazah, Ya Allah saya tak boleh tahan lagi diri ni.
Sahabat yang membesar & selalu sokong. Sekarang berada dalam kain kafan & saya hanya mampu rasa tangan sahabat dengan sentuh kain kafan tu. Tangan sahabat tu lah yang selalu angkat doa & usap kepala saya dulu untuk tenangkan saya.
Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jenazah sahabat saya, Loh.
Sampai di Masjid, saya imamkan solat jenazah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat.
Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil & suara saya tak dapat tahan lagi sebak tu.
Saya ke kubur dan saya turun ke liang lahat. Saya nak sentuh & rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat.
Loh, aku dah laksanakan janji aku dekat mu sebagai sahabat. Dari mu sakit sampai ke penamat, aku ada dengan mu. Sebab apa?
Sebab aku tahu mu nampak aku & aku nak mu tahu aku betul betul nak jadi sahabat mu dunia akhirat.
Tiba waktu aku nanti loh. Selepas mu tarik keluarga ke syurga, tarik lah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu kat sana.
Aku di sini akan terus berjuang untuk keluarga, team, orang memerlukan & sahabat sahabat kita yang lain Loh.
Ini semua “Kejayaan Demi Kebahagiaan”
Jumpa mu nanti di sana nanti
https://www.instagram.com/p/CJF9B22H9cJ/
Ramai yang bersimpati dan turut merasai kesedihan yang dialami oleh Hafiz, pada masa yang sama mendoakan Allahyarham di sana.
Waktu bantu sahabat strok masuk kereta, isteri call anak dalam kandungan dah tiada.
MW: Salam takziah.Semoga terus kuat menjalani hidup tanpa kawan baik di sisi dan dapat terus membantu mereka yang memerlukan. Memang kawan sejati, sanggup bersusah payah demi kawan baik sendiri.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad