Wajib Pakai Pelembap Wajah Ya! Jangan Skip Walaupun Kulit Berjerawat, Berminyak

Share

Anda yang memiliki kulit berjerawat, berjeragat dan berminyak jangan skip ya pakai pelembap! Jika anda melangkau langkah ini boleh menyebabkan kulit kering dan mengelupas yang akan menyebabkan lebih banyak jerawat timbul di wajah. Itulah sebabnya penting jika berjerawat, berjeragat dan berminyak mendapat kelembapan yang betul dengan pelembap yang betul.

Pelembap Item Wajib ‘Skincare Routine’!

Pelembap ialah salah satu daripada item wajib ada dalam skincare routine setiap dari kita. Dalam lapisan epidermis kulit ada lapisan air yang perlu dikawal supaya tak keluar. Jika tidak memakai pelembap, dalam keadaan cuaca panas atau terlalu sejuk, air dari dalam kulit akan keluar.

Melembapkan kulit dengan pelembap yang betul membantu mengimbangi air dan minyak dalam kulit. Perubahan alam persekitaran, kerosakan UV dan pencemaran udara juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit, jerawat, kulit kasar, menggelupas dan kusam.

Amalan norma baru dalam kehidupan seharian iaitu dengan memakai pelitup muka dalam masa yang lama turut menyumbang kepada kerengsaan kulit dan boleh memburukkan lagi kulit mereka yang berjerawat dan berjeragat.

5 Tip Pilih Pelembap Buat Kulit Berminyak

Golongan wanita sememangnya mementingkan penjagaan wajah. Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak terdapat lima tip sewaktu memilih pelembap.

Pertama perlu kenali jenis pelembap. Kulit yang bermiyak sesuai menggunakan pelembap muka yang berasaskan air iaitu losyen, manakala kulit yang kering sesuai menggunakan pelembap muka yang berasaskan minyak iaitu ointment.

Kedua sewaktu memilih pelembap juga anda perlu kenali jenis kulit. Jika kulit anda berasa tegang dan tidak selesa, anda berkemungkinan besar memilki kulit kering atau tidak cukup penghidratan.

Ketiga, terdapat bahan aktif di dalam moisturizer. Tidak kira kulit anda berminyak, kering atau sensitif, perlindungan daripada cahaya matahari adalah penting menurut hampir kesemua dermatologis. Paling penting jangan lupa untuk pakai sunscreen lepas memakai moisturizer.

Keempat hindari bahan yang memberi hidrasi pada kulit. Dan terakhir anda perlu elakkan bahan bersifat iritasi.

Rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control, Penyelesaian Kulit Jeragat

Seperti yang diketahui umum, rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control membantu menyelesaikan masalah jerawat, jeragat, melegakan kemerahan dan menghidrat dengan Asid Hyaluronik dan ekstrak Hatomugi, Bishop’s Weed dan Chamomile. Rangkaian ini sesuai untuk kulit berminyak, jeragat dan berjerawat.

Selain itu, produk ini juga menawarkan pengguna yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, penyelesaian pada masalah kulit dipertingkatkan, Hada Labo memperkenalkan Blemish & Oil Control Gel pelembap serba baharu untuk memastikan kulit licin, bersih dan sihat.

Bagi wanita yang sangat mementingkan penampilan rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control sangatlah bersesuaian untuk anda. Malah cara penggunaannya cukup mudah! Manakala hasilnya juga membuatkan kulit anda berseri-seri.

Langkah 1 : Hada Labo Blemish & Oil Control Foaming Wash

Bersihkan wajah anda dengan pencuci muka yang mengandungi ekstrak Hatomugi, Bishop’s Weed dan bunga Chamomile untuk menangani pori-pori besar, jerawat, kekasaran, kemerahan dan kekusaman.

Langkah 2 : Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion

Losyen yang ringan ini mudah meresap ke dalam kulit. Mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi & Asid Hyaluronik untuk melawan jeragat dan memulihkan keseimbangan minyak dan air untuk kulit yang sihat dan cantik.

Langkah 3 : NEW Hada Labo Blemish & Oil Control Gel

Produk terbaru  NEW Hada Labo Blemish & Oil Control Gel ini sememangnya menjadi kegemaran ramai wanita. Blemish & Oil Control Gelmerupakan pelembap serba baharu yang mengandungi tekstur gel menyegarkan, tidak melekit, licin dan mudah diserap.

Jangan risau jika anda pernah alami pengalaman yang kurang senang dengan produk kecantikan yang lain ini kerana Hada Labo Blemish & Oil Control Gel  mengandungi ekstrak tumbuhan semula jadi untuk menguatkan penghalang kulit

Diekstrak daripada barli mutiara asli, ekstrak Hatomugi dan ekstrak tumbuhan lain seperti Centella Asiatica, Houttuynia Cordata dan ekstrak Bunga Chamolie bagi membantu mengurangkan cela dan menenangkan kulit yang merengsa untuk mengekalkan kulit bersih dan sihat.

Produk ini juga mengandungi dua jenis Asid Hyaluronik untuk penghidratan yang mendalam dan tahan lama. Asid Hyaluronik berfungsi untuk mengunci kelembapan, menyimpan dan menambah kelembapan untuk kulit yang lembut, licin dan anjal.

Tekstur gel yang ringan memberikan penyerapan segera ke dalam kulit, meninggalkan kulit segar dengan rasa tidak melekit. PH kulit seimbang dan kerengsaan rendah dan bebas pewangi, pewarna dan minyak mineral.

Gunakan 2 Kali Sehari Hada Labo Blemish & Oil Control Gel

Wajah yang berseri dan bersinar bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Anda cuma perlu gunakan dua kali sehari Hada Labo Blemish & Oil Control Gel selepas Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion.

Caranya cukup mudah, ambil jumlah secukupnya dan sapu rata pada muka dan leher. Urut dan tepuk perlahan untuk membolehkan penyerapan ke dalam kulit.

Tugas utama pelembap muka adalah untuk mengunci dan menyimpan kelembapan di wajah anda. Sebab tu penting untuk anda pilih pelembap muka terbaik. Jadi pilihlah Hada Labo Blemish & Oil Control Gel.

Published by
Norhayati Suboh