diana-danielle

Bayangkan lebih 8 jam berpuasa, menahan diri dari lapar dan dahaga sepanjang Ramadan ini. Jika tidak amalkan pemakanan yang betul, tentu saja mengganggu banyak hal dalam diri anda.

Terutama kulit wajah dan keseriannya. Kulit wajah bukan saja perlu dipelihara dari segi luaran semata. Malah, penting untuk anda menjaganya dari dalaman juga.

Sebelum itu, perlu difahamkan terlebih dahulu mengapa kulit wajah mudah menjadi kusam dan tidak bermaya semasa anda berpuasa.

Tidak Mengambil Makanan Yang Bermanfaat Untuk Kulit

Dalam bersahur itu ada keberkatannya. Jadi, janganlah ‘malas bangun’ untuk melakukan ibadah ini. Ambillah makanan yang memberi manfaat untuk tubuh badan.

Selain makanan ruji, ambillah juga kurma dan susu yang memberi tenaga dan bagus untuk sistem pencernaan tubuh badan anda sepanjang berpuasa.

Bagaimana pun, pengambilan kurma dan susu masih belum dapat membantu anda mendapatkan kulit yang sihat berseri.

Anda masih perlu melengkapkan rutin penjagaan kulit dengan suplemen kesihatan yang mampu membersihkan dalaman tubuh. Pati buah-buahan InnerShine®️ tentunya antara yang terbaik untuk anda cuba.

Bersahur tanpa pengambilan makanan yang betul dan sihat, mudah membuatkan anda menjadi lesu.

Malah, tubuh pun lebih mudah jadi letih. Anda akan jadi cepat mengantuk. Jika rutin sebegini diteruskan selama sebulan, hilanglah seri dan kulit pun tidak segar lagi.

Kurang Pengambilan Air Kosong

Minum air kosong secukupnya di bulan puasa ya. Ada jadual pengambilan yang tidak membuatkan anda stress.

Lagipun, tidak digalakkan minum air kosong sekali harung ketika bersahur. Cuba lakukan rutin sebegini.

  • Ambil dua gelas air kosong semasa berbuka.
  • Minum dua gelas air kosong selepas solat terawih.
  • Ambil dua gelas air kosong sebelum tidur.
  • Minum dua gelas air kosong semasa bersahur.

Nah! tidaklah anda kekurangan air dalam tubuh. Kekurangan ini menyebabkan kulit jadi cepat kering, kusam dan hilang serinya.

Ads

Rutin Harian Yang Padat

Tak dinafikan keadaan sekarang ini mudah sekali untuk membuatkan seseorang berasa tertekan. Baik rutin pekerjaan mahupun harian.

Kadangkala hingga tiada masa untuk diri sendiri. Lagi parah, jika anda juga pengguna gajet yang tegar. Bermakna, 24 jam telefon pintar berada di tangan.

Semakin padat waktu anda, membuatkan hidup jadi terkejar-kejar walaupun di bulan Ramadan. Bila stress menjelma, itu juga penyumbang kepada tekanan yang turut memberi kesan kepada kulit wajah.

Anda lebih nampak berusia daripada usia. Wajah yang kusam dan tidak bermaya inilah juga punca kurangnya rasa yakin dalam diri. Susah nanti nak dapatkan penampilan yang positif.

Wajah Tetap Berseri Walau Berpuasa, Begini Rutin Jaga Kulit Diana Danielle

Penting! Ambil Sumber Makanan Menjaga Dalaman Dan Serikan Kulit, Diana Danielle Pun Buat

Sebab itu, pentingnya menjaga kulit wajah dari sekarang. Mulakan bermula bulan Ramadan ini. Bukankah kulit yang berseri menjadi idaman setiap wanita?

Semasa berpuasa, tubuh yang dibekalkan dengan suplemen yang baik akan lebih mudah didetoks.

Ads

Semasa rutin tidur berubah, mahupun waktu pemakanan yang berubah inilah perlunya suplemen yang baik untuk dalaman. Untuk membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan kulit dengan baik.

Seterusnya memancarkan kulit wajah ‘pinkish’ berseri.

Begini Cara Diana Danielle Menjaga Kulit Wajah

Jadi, apa kata anda cuba ikuti rutin penjagaan kulit wajah pelakon terkenal, Diana Danielle ini. Akuinya, “D sentiasa amalkan BRAND’S®️ InnerShine®️ sebagai sebahagian rutin penjagaan kulit, sebab tulah D yakin nak guna No Filter Filter!.”

Mengapa suplemen kesihatan InnerShine®️ ini menjadi kepercayaan Diana Danielle yang juga seorang pelakon ini. Tentunya suplemen ini bertindak secara semulajadi membersih, menyuburkan malah mendetoks tubuh dan kulit dengan pati buah-buahan natural.

Di dalamnya mengandungi Maltodextrin, anti oksida malah kaya vitamin E.

Wajah Tetap Berseri Walau Berpuasa, Begini Rutin Jaga Kulit Diana Danielle

Terdapat 3 perasa iaitu,

Ads

Pati Prune : Menyerikan

  • Diperbuat daripada ekstrak prun California
  • Tinggi serat: melancarkan sistem pencernaan
  • Vitamin E yang tinggi: menjadikan kulit lebih sihat dan berseri serta melambatkan proses penuaan

Pati Beri : Meremajakan

  • Mengandungi 7 jenis buah beri premium
  • Tinggi antioksidan untuk melindungi kulit dari sinaran UV
  • Melambatkan proses penuaan
  • Tinggi vitamin A,C, E & Zink

Mato Bright : Mencerahkan

  • Diperbuat daripada Non-GMO (Genes Being Modified) tomato, Lobak & Prun
  • Tinggi Lycopene – untuk mencerahkan kulit serta melindungi kulit daripada gelap
  • Tinggi serat – Menggalakan sistem penghadaman yang sihat

Sebaiknya, semasa bersahur, tambahkan pemakanan anda dengan InnerShine®️ pati Beri ataupun InnerShine®️ MatoBright dan semasa berbuka, boleh mengambil InnerShine®️ Pati Prune.

Tak perlu berasa ragu kerana pati buah-buahan semulajadi InnerShine®️ ini disahkan halal.

Keduanya memberi kebaikan membantu mengekalkan kulit wajah sihat menawan sepanjang Ramadan dan tentunya menaikkan seri wajah di Hari Raya nanti.

Wajah Tetap Berseri Walau Berpuasa, Begini Rutin Jaga Kulit Diana Danielle

Menariknya Ramadan ini, bagi pengguna produk InnerShine®️anda berpeluang menyertai peraduan Ramadan dan Raya yang membolehkan anda berpeluang membawa hadiah kemenangan bernilai RM100, 000.

Apa tunggu lagi, Ramadan ini ada promosi bagi setiap belian. Untuk belian 12 botol, percuma 2 botol. Anda boleh membuat belian di Watsons, Guardian dan Kedai Rasmi InnerShine®️di Shopee dan Lazada.

Dapatkan juga maklumat lanjut berkenaan produk InnerShine®️ini di :

Facebook : InnerShine Club
Instagram : InnerShine Club
Website : brandsworld.com.my

Saksikan Facebook Live Sembang Wanita bersama tetamu istimewa, Diana Danielle yang akan mengupas perbincangan ‘Puasa Tak Halang Wanita Kekal Berseri-seri’.

Nantikan temujanji kita pada 26 April 2022, jam 3 petang.

Baca sini : Bukan Susah Sangat Nak Dapat Kulit Cantik Berseri Macam Siti Saleha, Rahsianya Kat Dapur Je

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI