Gedung tekstil Jakel memulakan kempen Raya tahun ini dengan tema Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 dengan melantik 10 duta bagi mempromosikan kepelbagian pakaian sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Menerusi pengumuman bersama barisan duta-duta berkenaan, Jakel bakal menawarkan rekaan pakaian terbaharu berteraskan material berkualiti menerusi label masing-masing.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, antara duta yang dipilih memperagakan produk raya Jakel 2025 ialah Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna Nasir seisi keluarga, Senariounion, tiktoker Sallywho seisi keluarga dan termasuk Upin & Ipin.
“Untuk makluman, tahun ini, koleksi pakaian ditawarkan lebih berkualiti, di mana fabrik diguna pakai lebih tebal tidak panas, mudah kering selain ‘breathable’, jahitan yang lebih kemas dan lebih rapi.
“Untuk tahun ini, kita turut menawarkan pakaian dengan warna popular dan terkini seperti, Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia dan Powder Blue
Jakel juga akan menampilkan busana Raya pada harga rakyat iaitu dengan menawarkan
Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49. Selain itu, baju Melayu Fattah Amin dijual pada harga RM149 termasuk samping percuma bernilai RM99. Mengulas berhubung aspek jualan dan sasaran, pihak Jakel menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 20 hingga 30 peratus berbanding tahun lalu.
“Bagi mencapai matlamat tersebut kita turut meningkatkan bilangan baju
sebanyak sejuta pasang bagi ibu, bapa dan selain 1.5 juta pasang untuk
pakaian sedondon,” Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.
“Seperti kita tahu, Jakel adalah produk untuk semua. Di mana kita menyediakan produk untuk semua golongan meliputi pelbagai lapisan peringkat umur. Ini bermakna ibu, ayah, remaja, dewasa dan kanak-kanak dapat menikmati produk berkualiti pada harga penjimatan.
Secara tidak langsung terungkaplah tagline kami iaitu ‘Jakel, Barulah Raya’ ,” katanya sempena pelancaran kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 di
Jakel Mall, di sini hari ini.