Pengacara dan pelawak Jihan Muse dan suami Ungku Hariz Faizal rasa lega bila anak kesayangan mereka menunjukkan riak wajah ‘selamba’ semasa melakukan ujian calitan Covid-19 di kediaman mereka baru-baru ini.
Pada awalnya Jihan dan suami cukup risau memikirkan tentang hero mereka, Ungku Arsalan Haq. Namun masing-masing menarik nafas lega bila Ungku Arsalan tidak menangis.
Difahamkan Jihan sekeluarga melakukan ujian calitan tersebut di rumah mereka. Memandangkan usia anaknya baru saja tiga tahun sudah pasti dia dan suami berasa gundah memikirkan tentang reaksi anak lelakinya itu.
“Isnin lepas kami sekeluarga buat ujian calitan Covid-19 di rumah dengan @medi.safetest.
“Punya kami risau Arsalan tak tahan rupanya terbalik. Arsalannya steady saja. Dan semalam kami terima keputusan dan kesemuanya negatif. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT,” tulis Jihan menerusi entri akaun Instagramnya.
Malah Jihan juga berasa cukup lega bila Ungku Arsalan memberi riak wajah biasa seolah tidak berasa sakit.
Baca Juga Di Sini:
Tahniah! Jihan Muse Selamat Bersalin Anak Lelaki
Sedih Baca Luahan Hati Isteri Alif, Perasaannya Bercampur Baur Air Mata Peneman Setia
Dikesempatan itu juga Jihan berdoa agar rakan selebritinya iaitu Alif Satar cepat sembuh.
“Semoga rakan kami Alif Satar cepat sembuh. Begitu juga mereka yang lain yang sedang berjuang melawan virus yang kita tak tahu arah mana datangnya ni.
“Memang tidak mudah. Begitu juga dengan kita-kita di dalam industri tempat kita cari makan ni.
“Kita juga petugas barisan hadapan dan belakang di bidang kita ini. Ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
“Semoga rakan-rakan industri semua tabah dan doakan yang terbaik buat semua. Kita betul-betul perlu jaga kita. Bukan sekadar kata.
“Tapi jaga segala yang perlu dijaga baik yang nampak di depan kaca tv mahupun tidak.
“Thank you to all our frontliners. And tq @medi.safetest for your good service,” luah Jihan.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Sumber/Sumber Foto: Instagram Jihan Muse