Kulit Wajah Lebih Lembap Dengan Masker Coklat Dan Masker Pisang Yogurt

Wajah yang berkulit lembap akan lebih terlihat lebih awet muda dan kurang bermasalah berbanding kulit kering dan berminyak.

Pemakaian masker adalah di antara proses perawatan dan penjagaan kulit wajah. Kebaikan masker muka, pastilah untuk kecantikan. Terdapat banyak kebaikan akan kita peroleh sekiranya mengamalkan pemakaian masker muka ini secara rutin. Antaranya:

Membuang Sel Kulit Mati Pada Wajah

Apabila mencuci muka, pencuci muka hanya membersihkan lapisan atas kulit tapi tidak sampai ke dalam. Tapi dengan masker, f ia akan meresap ke dalam kulit dan membantu membuang sel-sel kulit mati, seterusnya menjadikan kulit muka kita lebih sihat dan natural.

Merawat Kulit Kusam

Bagi wanita yang tak cukup tidur, sibuk pasti akan menjadikan kulit wajah kusam kan… Jadi, amalkan pakai masker selalu untuk ceriakan wajah dari kulit kusam.

Menanggalkan Bintik Hitam Dan Bintik Putih

Ini salah satu kelebihan apabila memakai masker, iaitu bintik hitam dan bintik putih akan tertanggal dengan mudah. Hasilnya, kulit akan jadi lebih bersih dan segar.

Menegangkan Kulit Wajah

Bagi wanita yang berusia, kulit muka pasti akan semakin kendur. Jadi pemakaian masker wajah sangat bagus. Ia dapat membantu menegangkan kulit wajah dan menjadikan wajah awet muda selalu.

Kurangkan Kedutan

Amalan memakai masker muka akan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit wajah. Jadi, sebaiknya amalkan selalu. Kedutan pada wajah boleh bertambah akibat terlalu stres. Seeloknya amalkan pakai masker sebelum tidur untuk mengurangkan kedutan halus ini.

Jom Buat Masker Untuk Atasi Kulit Kering

Memiliki kulit wajah jenis kering, anda harus tahu apa perawatan yang paling sesuai untuk kulit anda. Pemakaian produk kosmetik yang tepat mungkin mampu membantu melembapkan kulit dengan baik. Namun anda juga perlu tahu beberapa cara lain agar kulit boleh kekal lembap secara alami. Salah satunya adalah dengan menggunakan masker berasaskan bahan alami. Dikongsi dua jenis masker yang menggunakan bahan semula jadi untuk membantu mengatasi masalah kulit kering. Selamat mencuba!

MASKER COKLAT UNTUK WAJAH LEMBAP

Wajah Lebih Lembap Dengan Masker Coklat Dan Masker Pisang Yogurt

IKLAN

Salah satu bahan alami yang boleh dijadikan masker melembapkan kulit kering adalah coklat. Jika selama ini coklat dimakan untuk meningkatkan mood, ternyata coklat juga punya manfaat tersembunyi dalam kesihatan dan kecantikan kulit.

Coklat mempunyai bahan yang mampu melembutkan kulit kerana ia kaya dengan mentega koko.
Kuasa melembap yang ada padanya dikatakan mampu mengurangkan garis halus dan menghalang radikal bebas merosakkan kandungan elastin, kolagen dan protein yang ada pada kulit.

Ia juga mampu membuang sel kulit mati dan membantu merangsang pertumbuhan sel baru. Dikatakan makanan berasaskan bahan daripada coklat juga mampu membantu menjaga kolagen dan melawan kerosakan akibat sinar matahari kerana ia kaya dengan zat baik iaitu flavanoid.

Bahan-bahan:

1/2 sudu teh serbuk coklat

1/2 sudu teh madu

1 sudu teh oatmeal

IKLAN

2 sudu teh santan

Cara Membuat:

  1. Campurkan semua bahan dengan sebati.
  2. Oleskan campuran tadi secara merata di kulit wajah.
  3. Gosok masker dan urut perlahan kulit wajah untuk membantu menanggalkan sel kulit mati pada wajah.
  4. Kemudian bilas dengan air bersih setelah 10-15 minit.
  5. Ulangi pemakaian masker ini seeloknya seminggu sekali. Kandungan antioksidan di dalam masker akan membantu membekalkan nutrisi dan kelembapan alami pada kulit.

MASKER PISANG DAN YOGURT 

Wajah Lebih Lembap Dengan Masker Coklat Dan Masker Pisang Yogurt

Pisang dapat menjadi pelembap alami yang paling alami untuk kulit muka anda dan mampu membantu menanggalkan sel kulit mati. Pisang juga mampu membuat muka anda terlihat berseri secara natural, kerana mengandung pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kulit. Ia juga bagus untuk meremajakan atau memperbaiki kulit. Pisang juga mampu memberi nutrisi pada kulit dan membuatnya lebih sihat dari dalam.

Manakala kandungan asid laktik di dalam yogurt membantu dalam penghidratan kulit. Disebabkan sifat pelembap yang ada pada yogurt, ia mampu digunakan untuk mengatasi kulit kering dan sensitif.

Bahan-bahan:

1 biji pisang
2 sudu makan yogurt

IKLAN

Cara Membuat:

1.Lumatkan atau haluskan buah pisang kemudian campur dengan yogurt. Adun hingga membentuk masker.

2. Bilas kulit dengan air bersih. Keringkan, kemudian aplikasikan masker pisang yogurt.

3. Oles secara merata masker ini pada permukaan kulit wajah sambil diurut lembut

4. Biarkan selama kira-kira 15 minit. Bilas dengan air suam dan keringkan

5. Sebagai tambahan, anda boleh sapu minyak lavender, minyak zaitun atau minyak kelapa.

https://www.mingguanwanita.my/masalah-jerawat-hilang-dengan-masker-madu-dan-kulit-kayu-manis/

https://www.facebook.com/mingguanwanita/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI