Hiburan

Wajah comelnya Uqaira, buat netizen teruja. Persis ibu, siap pakej bulu mata lentik!

Share

Comelnya puteri sulung Uqasha Senrose dan Kamal Adli, Hawra Uqaira. Baru-baru ini, telah berlangsung majlis kesyukuran dan akikah puteri sulung pasangan selebriti ini yang dihadiri kaum keluarga dan pendakwah selebriti, Ustaz Wadi Annuar.

Majlis berkenaan turut menyaksikan buat pertama kalinya wajah si kecil tersebut didedahkan kepada para tetamu.

Perkongsian Uqasha, atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen turut memuat naik beberapa keping foro memperlihatkan wajah puteri sulungnya itu. Hantaran tersebut memperlihatkan pelakon berkulit putih berkenaan sedang memangku anak kesayangannya.

Harapan Uqasha

Isteri kesayangan Kamal Adli itu turut meluahkan rasa syukur kerana majlis akikah anaknya berjalan dengan lancar dan menyatakan harapan agar si kecil itu membesar dengan baik dan menjadi anak solehah.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/selamat-bernikah-5-november-lalu-pengantin-baru-kamal-adli-uqasha-senrose-sama-cantik-sama-padan/

“Alhamdulilah syukur Ya ALLAH terima kasih banyak-banyak Ustaz Wadi Annuar sudi tahnikkan puteri Qasha. Semoga menjadi anak yang solehah anakku,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen terutamanya peminat teruja dan memuji kecomelan anak Uqasha yang mirip seperti wajah ibunya yang jelita. Ujar mereka:

“Masya ALLAH comelnya Uqaira.”

“Comelnya.”

“Comel macam ibu dia, bulu mata tu lentik.”

“Masya-ALLAH tabarakallah comelnya Uqaira. Moga menjadi anak soleh. eii geramnya tengok dia tengah tidur tu.”

Untuk rekod, Uqasha melahirkan Uqaira seberat 2.72 kilogram pada 27 April 2024 di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Pelakon berusia 32 tahun itu bernikah pada 5 November 2021 itu sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Rosmah Idayu