Wahai Wanita, Waspada 'Perangkap' Jejaka Handsome Di Alam Maya

Wahai wanita. Apabila ada yang mengadu tertipu oleh lelaki hensem di Fb, saya menahan gelak. Bukan tidak simpati tetapi itulah bahananya kalau terlalu mudah termakan ‘gula-gula’ media sosial.

Saya ingin menyeru semua wanita, awasilah perasaan anda apabila terdedah ke alam maya. Namanya pun alam maya, ia banyak fantasi daripada realiti. Dunia luas tanpa tepi itu memang akan membuatkan ramai orang tenggelam.

Hati Wanita Istimewa, Sentiasa Memaafkan…Tapi Jangan Langgar ‘Pantangnya’!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Wahai  Wanita, Waspada ‘Perangkap’ Jejaka Handsome Di Alam Maya

Wahai Wanita, Tetapkan Matlamat

Sekarang ukurlah diri anda sendiri, tatkala anda membuat akaun di Fb, apakah anda akan meletakkan semua maklumat sebenar tentang diri anda di situ? Jika sedikit sebanyak anda menyembunyikan sesuatu, demikian juga orang lain.

IKLAN

Peratus kejujuran dalam laman sosial sekira-kira 50% sahaja, selebihnya ‘make-up’, kecuali akaun itu dimiliki selebiriti seperti agamawan, motivator tulen, artis sebenar, ahli akademik dari IPT, profesional dari institusi perbankan, ahli perniagaan ternama dan juga politikus.

Saya sendiri mempunyai pengalaman yang cukup banyak dihujani permintaan untuk menjadi kawan, setelah approved, rupa-rupanya mereka menjual barang yang tak sepatutnya. Apa tujuan mereka hendak menjadi kawan kita, kalau tidak untuk mengaut sesuatu keuntungan, kalau tidak dalam bentuk wang, tidak mustahil juga status.

Tak Jujur

Fb telah menetapkan setiap orang hanya boleh memiliki 5,000 orang kawan. Alasannya, 5,000 itu sudah terlalu ramai bagi orang biasa. Selebihnya adalah orang yang mungkin tidak jujur dalam persahabatan maya, mereka mungkin sahaja terdiri daripada pemangsa, dan andalah mangsa mereka sekiranya terlalu mudah approved serta rajin pula melayan setiap mesej yang masuk.

Sebenarnya, kita semua patut bersikap selektif terhadap siapa yang hendak berkawan dengan kita dan siapa yang kita hendak berkawan itu. Seorang ahli politik bekas menteri besar baru sahaja memohon friend dengan saya. Soalnya mengapa sekarang? Oh, mungkin untuk mencari motivasi tinggi setelah jatuh terjelepuk. Tetapi tidakkah sewaktu memegang jawatan tertinggi motivasi tinggi lebih perlu dipelihara?

IKLAN

Ada Maksud Tersirat

Beberapa orang profesional pula, sebaik saya approved, mula menghantar mesej-mesej peribadi, kononnya menjadi pengikut saya sejak dulu dan menjadi pembaca tegar buku-buku saya termasuklah dalam majalah. Apabila saya tanya tajuk bukunya, tidak dapat menjawab. Nyata orang begini sengaja hendak ‘bodek’ untuk sesuatu niat yang tersembunyi.

Nah, andainya seorang lelaki kacak memohon menjadi rakan anda, sekiranya anda mengambil keputusan untuk segera menerimanya, harap anda tidak segera percaya semua kata-katanya. Ramai mereka ini adalah scammer atau kaki putar belit yang hujungnya nanti akan merampas wang anda.

Apa ruginya tiada kawan di alam maya? Adakah mereka ini pernah memberi anda duit atau menghadiahkan anda sesuatu yang bermakna? Tidak pernah bukan, sebaliknya anda terbelit oleh ayat-ayat menyertai pelaburan, menjual barang ataupun menyalurkan ‘sedekah’.

Taktik Menipu Makin Canggih

Semakin canggih dunia komunikasi, semakin canggihlah tektik dan teknik penipuan. Usah mudah teruja dan termakan gula-gula. Apapun, asal ia melibatkan anda terpaksa mengeluarkan duit sedang ia bukanlah urusan jual beli, sila abaikan. Usah benarkan golongan scammer ini hidup senang dengan menipu orang sejujur anda.

IKLAN

Oh, iye. Satu lagi saya nak ingatkan, di alam siber ada skim memohon bantuan untuk mencairkan sejumlah wang (selalunya berjuta dollar) di luar negara milik seorang balu. Dia meminta anda memasukkan wang dalam akuannya supaya yang beku itu dapat dicairkan. Konon, nanti wang itu akan diberikan kepada anda. Jangan percaya. Itu jelas scammer!

Sumber artikel: HM TUAH ISKANDAR al-Haj www.drtuah.com

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI