Percaya tak wahai suami yang seorang isteri itu sebenarnya cukup pandai berbohong. Lagi-lagi hal yang melibatkan perasaannya. Apa yang isteri katakan itu sebenarnya bukanlah benar-benar seperti apa yang terluah di bibir.
Isteri ada alasannya kenapa dia berbohong. Dan pembohongannya itulah yang sebenarnya menyelamatkan, mendamaikan sebuah rumah tangga yang dibina bersama. Kerana pembohongannya itulah, anda wahai suami berasa tenang-tenang saja. Walau pun hakikatnya, isteri memendam rasa.
Sebab Itu Suami Jangan Percaya..
( kalau isteri anda sebutkan kata-kata ini.. )
Bila Isteri Kata Dia Tak Apa-apa
Hakikatnya, dia memang sedang apa-apa. Pasti jauh di sudut hatinya ada satu perasaan tak puas hati tapi tak mampu untuk diluahkan. Kerana, apabila kebenaran sudah diketahui pasti akan ada hati yang terluka.
Ads
Begitu pun ketika, isteri terluka dan sedang memberi mu peluang kedua. Akibat kecurangan yang suami lakukan. Sebenarnya, hatinya ibarat kaca yang telah retak. Walau bercantun tetap ada kesan lukanya.
Jadi tidak apa-apa isteri itu, sebenarnya adalah apa-apa yang perlu suami perhatikan betul-betul. Jangan tanya pada isteri. Kerana dia tidak akan memberitahu. Perhatikan dengan mata hati. Rawatlah kembali ‘tidak apa-apa’ isteri itu dengan kasih sayang yang ikhlas. Bukan paksaan.
Kerana isteri yang ‘tidak apa-apa’ ini tidak suka dipaksa jiwanya. Dia akan tenang kembali dan tahu bagaimana merawat diri.
Bila Isteri Kata Dia OK, Tak Letih
Oh, sebenarnya dia teramat-amat letih. Tapi setiap kali memandang wajah suaminya yang baru pulang dari tempat kerja. Rasa letih itu disimpan dalam-dalam, dipegang kemas-kemas sampai tidak ada seorang pun sedar akan letihnya.
Ads
Jangan cuba diuji kerana apabila letihnya sudah sampai ke paras hidung. Dan tak mampu lagi dibendung, ia akan meletup. Bersama kesan-kesan bebelan yang panjang dan menakutkan semua. Hatta anak-anak yang baik-baik pun boleh terkejut seram.
Bila Isteri Kata, Takpe Saya Boleh Drive Sendiri
Sebenarnya sebolehnya dia mahu anda temani dia. Kerana jika urusannya berteman akan lebih mudah untuknya menguruskan segala kerja. Termasuklah uruskan anak-anak yang sedang membesar itu. Jika ada anda di sisi, alangkah bahagianya dia untuk meluah rasa.
Berkongsi cerita dalam perjalanan bukankah romantik dan mengasyikkan. Wahai suami, fahamlah jika anda ada masa lapang dan tidak sibuk, tak salah rasanya memandu untuk isteri. Walaupun kau tahu isterimu itu sejenis robot yang tak kenal erti duduk diam.
Bila Isteri Kata, Jangan Risau Saya Boleh Jaga Budak-budak Ni
Betul memang dia boleh jaga anak-anakmu dengan senang sekali. Tapi bila tiba waktu cutimu iaitu hari Ahad nanti. Ambil alihlah tugasan itu. Kerana dia juga perlukan waktu untuk dirinya sendiri. Isterimu juga mahu menghabiskan masa liburnya dan ruang untuk dia.
Ads
Kalau pun isteri mu itu tidak menuntut ME TIME dari mu wahai suami. Fahamlah yang dia perlukan masa untuk bersama denganmu. Bawa dia ke satu tempat yang relaks dan menenangkan. Kalau pun perlu membawa anak-anak, sepanjang cuti itu ambil alih tugas menjaga anak-anak. Biarkan isterimu itu rehat di sampingmu.
Bila Isteri Kata, Saya Ada Duit Lagi
Kalau pun dia ada pekerjaan yang baik dan dia ada simpanan sendiri. Tahukah kamu bahawa simpanan itu kelak adalah untuk saat-saat kecemasan membantu ketika kamu wahai suami benar-benar sesak. Kerana itu, janganlah bersikap kedekut untuk membelanja isterimu.
Jangan juga kedekut untuk memberikan wang saku padanya. Jika tidak mampu besar jumlahnya cukuplah sekadar untuk memberi hadiah wang saku akan penat lelahnya. Pasti dia akan tersenyum bahagia.
Justeru itu, wahai suami.. andai kata isterimu memberi signal sebegini cepat-cepatlah jadi suami yang perasa. Rasai apa yang sedang beraja di dalam hatinya. Perhatikan tindak tanduknya, gerak langkahnya.
Jika dia mulai marah-marah. Mungkin dia sudah menyimpan kata-kata di atas lama. Sayangi isteri mu, PELUK lah dia. Walaupun anda tidak tahu, suatu hari nanti dia pasti akan kongsikan juga isi hatinya dengan suami yang paling dicintainya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Halba dan longan kering mempunyai banyak khasiat yanga tersendiri. Air rebusan dua bahan ini dikatakan cara mudah dan berkesan bagi mak-mak yang menyusu anak untuk menambah susu badan. Seringkali mak-mak mengeluh, bila susu badan mulai berkurangan, akibatnya cita-cita penyusuan eksklusif 2 tahun untuk anak ‘terkubur’ begitu sahaja.
Resipi air rebusan halba dan longan kering ini merupakan perkongsian petua oleh Lyn Amalyn yang boleh mak-makm yang sedang menyusu amalkan.
Petua Berkesan Tambah Susu Badan
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar halba
1 gengam longan kering
1 sudu besar gula pasir
3 cawan air
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. BASUH
Pertama sekali, halba dan longan kering tu kita basuh dulu untuk mengekalkan kesucian dan kebersihan.
Selepas basuh, toskan sekejap.
2. REBUS
Seterusnya, ambil satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air.Apabila dah menggelegak, kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.
3. TAMBAHKAN GULA
Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir.
Sebaik saja larut gulanya, kita bolehlah tutup api.
4. SIAP!
Ok tadaaaa!! Siap pun homemade milkbooster kita ini. Sebelum minum, tapis dulu halbanya. Buah longan kita boleh masukkan terus dalam gelas kita.
Seeloknya air ini diminum 2 kali sehari – sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam keadaan panas atau sejuk, bergantung pada citarasa masing masing.
Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN.
Jangan lupa SHARE dan TAG pada kawan kawan yang tengah berusaha untuk bagi exclusive breastfeeding pada bayi masing-masing dan yang memerlukan petua ni. Si suami pun boleh tag isteri ya tanda support!
NOTA: Pastikan anda dan bayi anda tidak mempunyai alahan kepada tiga bahan tersebut. Hasil setiap individu mungkin berbeza.
Selamat Mencuba!
Kredit : Lin Amalina
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hakikatnya tak semua suami sanggup buat apa yang Hazwan Hj Yusof, ayah pada dua orang anak ini lakukan; rela sarung baju dinosaur. Tapi, demi bahagia anak isteri, suami akan lakukan apa saja walaupun kadangkala buat perkara di luar jangkaan.
Bila tiba-tiba isteri, belikan baju tidur printed dinosaur bukan saja untuk anak, malah lengkap saiz untuk ayah sekali. Demi nak lihat isteri tersenyum, suami sanggup rendahkan ego pakai saja baju yang isteri hadiahkan itu.
Tahu apa reaksi isteri bila suami tak banyak bicara macam itu? Hati isteri jadi berbunga-bunga bahagia. Kesannya, satu rumah pun nanti bahagia sama. Cuba hadamkan kisah Hazwan dan baju tidur dinosaurnya ini.
Sanggup Pakai Baju Dinosaur, Bukankah Cinta Itu Pengorbanan
“Bang!! Baju kita dah sampai.” Aikkkk.. Bila aku beli baju? “Cuba laaa pakai… Mesti comey“ Yer laaaa.. Yer laaa… Berjalan masuk bilik dan salin pakai baju ‘dinosor’. Lepas tarik nafas 3 4 kali… Aku buka pintu bilik…
“Taaadaaaaaaaaaaaaaa….” Saat tuu aku tengok bini aku dah tertiarap berbuih mulut sebab gelak kat aku.. Cuuihhhhh… Dia tak pernah tengok citer ‘dinosor’ ke? T-Rex semua ganas-ganas tau.. Ceeiiitttt.. Ko gelak pehal? Tak pernah tengok ‘dinosor’ gemok?
Rendahkan Ego Demi Lihat Anak Isteri Bahagia
Pesan Hazwan lagi,
Kita sebagai lelaki..
Persiapan paling penting untuk hadapi alam perkahwinan adalah rendahkan ego kita supaya kita dapat bergaul sebati dengan anak-anak dan isteri kita.
Melihat mereka bahagia adalah puncak pencapaian tertinggi kita sebagai seorang suami.
“Ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya.”
Mewahkan dan lambakkan mereka dengan harta bukanlah satu-satunya jalan untuk bahagia.
Adakah mereka impikan rumah banglo sebesar istana?
Tidak…
Adakah mereka impikan kenderaan mewah bagaikan raja?
Tidak…
Adakah mereka inginkan makanan sedap bagaikan santapan si putera?
Tidak…
Mereka hanya perlukan KITA… Yaaa.. KITA..
Kita hanya perlu jadi seorang suami yang wujud melayani mereka sehendaknya…
Sayangi keluarga kita.
MW :Sweet kan kisah baju tidur dinasour ini. Sebab sebenarnya ramai saja suami yang sanggup buat apa saja demi nak bahagiakan keluarga yang mereka sayangi. Kadang, kita je tak perasan.
Zahirah Macwilson ‘tayang’ wajah anak kedua, agak-agak Inara Raisa iras mama atau papanya. Zahirah MacWilson melahirkan anak keduanya, Inara Raisa pada 31 Mei lalu.
Zahirah Macwilson ‘Tayang’ Wajah Anak Kedua, Agak-agak Inara Raisa Iras Mama Atau Papanya
Terbaharu melalui hantaran di laman Instagramnya, Zahirah berkongsi gambar anak keduanya itu.
Ramai yang tidak sabar untuk melihat Inara besar nanti.
Meninjau di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan warga maya yang geram dengan kecomelan Inara.
Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan warga maya:
Untuk info, Zahirah dan Aiman Hakim Ridza telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...