Wahai suami bila dah senang, yang lama jangan di buang! Tolonglah bahagiakanlah isteri tersayang.
Secara realitinya, ramai suami berubah hati bila sudah nikmati hidup senang dan mulalah mencari yang baru. Tolonglah wahai suami, ingatlah pengorbanan isterimu.
Sanggup susah senang bersama, sejak dari awal perkahwinan. Sudah tentu banyak suka duka yang dilalui bersama.
Perkongsian dari saudara Mohd Ezairol sememangnya memberi manfaat buat golongan suami di luar sana.
Paling penting belanjakan duit untuk kebahagian keluarga terutama isteri yang banyak berkorban dan mendoakan suami mereka. Malah menurut Ezairol lagi kaya yang sebenar adalah bila kita dapat hidup bahagia bersama dengan orang yang sayangkan kita ya dan bukan sebaliknya.
Bila Dah Senang, Yang Lama Jangan Di Buang
Aku dah banyak kali dengar pasal kes isteri kena cerai bila suami mula hidup senang atau naik pangkat. Ini benda realiti…Banyak dah berlaku.
Masa Aku jadi “government staff” dulu, orang-orang lama sering ingatkan dan pesan masa interview kenaikan pangkat.
“Dah naik pangkat nanti jangan lupa bini, jangan gatal pergi cari pula yang baru… Ingat tu!!!”
Itulah pesan yang sering berkumandang masa musim interview.
Ads
Tapi dalam pesanan tu ada juga kiasan orang lama yang agak “nakal ni”.😅
“Nak tambah cawangan baru ke apa, suka hati kome lah skuad…TAPI yang No.1 tu jangan kome buang pulak…suwei hidup kamu nanti”.
Tak tahulah kebetulan atau camna, banyak yang Aku tengok hidupnya jadi lebih teruk bila dia buang yang pertama…Mungkin itulah hukum karma.
Isteri pertamalah yang sanggup susah senang bersama. Dari duduk rumah sewa yang takde apa, naik motor berhujan panas temankan kita, makan pun bercatu tapi bila dah senang sikit, pengorbanan mereka kita lupakan. Mula pasang niat nak kawin lain…
Sebabkan perkara camnilah maka keluarnya quotes,
Ads
“kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa dan kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya…”
Buat para suami,
Bila dah senang, jangan lupa siapa yang bersama dengan kita waktu kita tidak punya apa-apa dulu…
Kita suami mudah lupa dengan siapa kita bina kehidupan kita sehingga kita dapat capai apa yang kita ada hari ini.
Kita lupa apa yang isteri telah korbankan untuk kita. Kadang-kadang doa dan kesabaran isteri yang buatkan rezeki kita melimpah ruah.
Sebagai suami kita kena ingat, yang baru tu belum tentu lagi mampu nak hadapi susah senang bersama macam yang pertama.
Apa-apa pun bila kita dah senang, bahagiakan isteri dan anak kita dahulu. Berikan rumah yang lebih selesa.
Belanjakan duit untuk kebahagian keluarga terutama isteri yang banyak berkorban dan mendoakan kita.
Ads
Kaya yang sebenar adalah bila kita dapat hidup bahagia bersama dengan orang yang sayangkan kita… Bukan sebaliknya,” kongsi Mohd Ezairol.
“Buang Yang Pertama Huru Hara Hidup” Komen Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang bersetuju dengan pendapat ini.
Menjadi seorang isteri dan ibu bukan tugas yang mudah. Pelbagai tanggungjawab dan tugasan rumahtangga perlu diuruskan dengan baik agar segalanya teratur sempurna.Pengorbanan buat seorang ibu dan isteri ini turut diakui oleh pelakon lelaki Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 29, yang berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 30.
Baru-baru ini ayah kepada Muhammad Luth Ali,1 ada berkongsi gambar dirinya sedang melipat baju-baju milik anaknya. Menurutnya itu merupakan kali pertama pelakon drama Hati Perempuan ini menolong isteri melipat baju yang telah dibasuh, serta terasa kepayahan dalam melakukan tugasan tersebut.
Saharul Ridzwan juga berterima kasih atas pengorbanan isterinya serta meminta maaf jika kekurangan pada dirinya yang bergelar suami.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Menjadi seorang Ibu bukan mudah. Nak melayan karenah anak, sediakan makanan untuk keluarga dan mengemaskan rumah dalam satu masa, bukannya mudah. Kalau saya letih bekerja diluar, Isteri saya pun letih di rumah.”
“Sejujurnya ini kali pertama saya tolong lipatkan baju yang dah dibasuh, kat depan ni baru baju Ali. Penat. Sakit pinggang duduk lama-lama macam ni.”
“Kami tiada maid, semuanya handle sendiri. Ali tengah tak berapa sihat, Mummy dia yang kena dodoikan semua. Besarnya jasa seorang Ibu. Terima kasih Umi, Terima kasih Isteriku. Maafkan saya kalau ada yang terkurang sebagai suami.”
Perkongsian ini mendapat pujian daripada para pengikut instagramnya dan menganggap pelakon ini seorang suami yang memahami tugasan dan pengorbanan seorang isteri. Tidak kurang ramai yang mendoakan kebahagiaan saharul ridzwan sekeluarga.
rama_rahmahUntung dapat suami yang memahami macam nie.
_kamariah.kassimAlhamdulillah…sebagai suami yang faham, punya hati nurani yang sempurna, berat sama dipikul, ringan sama dijanjing, terbaik.In shaa Allah semuga berkekalan hingga ke Jannah dan bahagiaaa, aamiinnn.
biskutrayagebusBaguihlah..ikut sunnah nabi ni..tahniah sebeb memahami peranan sebenar seorang Suami dik..tahniah..
wm_adamifzal09 Susah nak cari suami rajin tolong lipat kain.. Bertuah sape dapat laki macam ni..
nadiatul_akma_mat_nuarDapat suami yang memahami alhamdulillah dah, memahami dan tolong samalah.
faziyanaTahniah.. Semoga sentiasa istiqomah dalam menghargai pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu yang sentiasa super busy.
Alhamdulillah tahniah buat Saharul Ridzwan kerana memahami dan menghargai tugasan serta pengorbanan seorang isteri. Memang bertuah bagi seorang isteri bila memiliki suami yang turut tolong menyelesaikan kerja-kerja rumah bersama-sama.
Bila dikaitankan dengan harta peninggalan. Isteri dan anak-anak adalah orang yang pertama dikaitkan dan mempunyai hak ke atas harta yang ditinggalkan. Namun, tak mustahil ada juga isteri tiada hak ke atas harta pasangan yang meninggal.
Apa yang dikatakan bekas isteri tak ada hak ke atas harta suami yang meninggal terutamanya bila suami meletakkan penama atas nama bekas isteri.
Memang betul, harta peninggalan suami perlu diberi dan dibahagikan pada anak-anak dan pewaris. Tapi bagaimana pula situasi bila berpisah, suami lupa menukar penama bekas isteri. Adakah ini menjadi hak milik bekas isteri. Fahami apa yang dikatakan oleh ustaz MOHD KHUSAIRI SALEH ini.
“Ustaz, anak lelaki saya meninggal. Ada simpanan KWSP RM80 ribu dan penama adalah bekas isterinya. Dia ada 3 anak lelaki. Beberapa tahun sebelum dia mati, dia bercerai dengan isterinya.”
“Bila dia meninggal, isteri keluarkan KWSP tadi. Saya sebagai ayah, berapa hak saya? Sebab saya tak pernah terima apa-apa daripada duit tersebut. Bahkan besan saya pernah datang jumpa saya, bagitau bahawa duit tu semuanya adalah duit anak-anak yatim.”
Apa yang boleh dikatakan oleh Ustaz MOHD KHUSAIRI SALEH ini:
1. Bekas isteri tiada hak atas duit KWSP tersebut sebab sudah bercerai dengan suami. Kecualilah jika kematian berlaku masih dalam tempoh iddah. Sebab penama, memang dia boleh keluarkan duit tu tapi dia tak boleh ambik walaupun 5 sen.
2. Duit KWSP RM80 ribu adalah hak waris si mati iaitu ayah 1/6 (RM13,333) dan baki RM66,666 untuk 3 anak lelaki sim ati.
3. Jadi bekas isteri tadi wajib serahkan hak bapa mentua tersebut. Lepas tu terserah sama ada dia nak lepaskan hak dia kepada cucu ataupun tidak.
“Ustaz, kalau duit tu bekas isteri ambik dan serah semua kepada cucu saya, maka saya redha. Tapi kalau ambil sebahagian untuk dirinya, maka hak saya itu saya tidak halalkan…”
4. Ambil pengajaran kisah ini..
Sepatutnya suami tadi sebaik bercerai dengan isteri, dia ambil tindakan batalkan penamaan untuk mengelak risiko lagi besar. Sama ada nak lantik penama baharu atau tidak, pilih penama yang faham tanggungjawab dan mampu menjalankan amanah secara patuh syariah.
Mingguan Wanita : Jangan ambil mudah perkara ini. Segala kemungkinan boleh berlaku.
Masuk dalam kereta, sambil memandu, tiba-tiba pasangan melihat seorang perempuan cantik. Kita yang duduk sebelah mulalah panas punggung. Pantang nampak wanita cantik lalu di depan, mata pasti melirik, memandang dan kadang-kadang depan isteri pun dipuji wanita yang lalu di depan mata. Bagaimana seorang isteri untuk lalui keadaan bila suami mata keranjang?
Menurut Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM), mata keranjang itu sendiri adalah simpulan bahasa yang digunakan untuk merujuk kepada lelaki yang suka melihat wanita atau lelaki yang pantang nampak perempuan cantik atau mengayat perempuan.
Sekadar Suka-suka
Secara fitrahnya, lelaki memang dicipta tertarik dengan kecantikan dan keseksian wanita. Kalau ada lelaki yang tidak suka melihat wanita cantik dan seksi, itu bukan lelaki normal dan dia perlu mendapatkan rawatan untuk mengembalikan kepada fitrah asalnya.
Walau bagaimanapun fitrah asal itu tifak boleh terlalu ditentang dan tidak boleh terlalu ditatang. Sebaliknya perlu diuruskan dengan sebaiknya dengan ilmu dan iman. Sebab itulah, lelaki yang baik hendaklah menundukkan pandangannya daripada meliar melihat wanita cantik dan menarik dengan bernafsu kerana ia boleh membawa kepada kesan yang lebih negatif.
Melihat untuk berkahwin dan sekadar suka-suka. Itu adalah dua perkara yang berbeza. Secara jujurnya, ada lelaki yang suka melihat wanita cantik bukan untuk tujuan berkahwin.
Isteri, Jangan Lupa Berhias
Fitrah lelaki suka melihat perempuan cantik, jadi kita sebagai isteri boleh mengubah diri kita supaya menjadi seorang wanita cantik, manja, menarik dan seksi. Bila kita tahu, suami suka melihat wanita sebegini, isteri jangan lupa untuk mengubah seperti yang diinginkan.
Kadang-kadang isteri selekeh, memakai mekap bila keluar rumah dan tanpa sedar menjadi tatapan suami orang lain.
Isteri, cantik dan seksilah di rumah
Suami, fokuslah dengan kecantikan dan keseksian isteri di rumah
Lelaki, kawallah pandangan agar tidak melihat banyak tarikan yang boleh mempengaruhi kita untuk bertukar menjadi mata keranjang.
Pesanan Untuk Isteri
Yakinlah bahawa kita dipilih oleh suami kita untuk dikahwini dulu kerana kita terbukti cantik di matanya.
Elakkan salahkan orang lain yang mengganggu pandangan suami kita, tetapi gunakan kelebihan kita sebagai pasangan yang sah untuk menarik pandangan suami kita.
Tahu suami suka melihat wanita cantik, sentiasalah jaga kecantikan kita dan biasakanlah berpakaian yang cantik dan sesuai bila waktu bersama suami
Tahu suami kita suka melihat wanita ‘gedik’. ‘Gedik’lah ikut kesesuaian untuk suami kita, pastinya ia tidak lagi memerlukan kepada wanita lain untuk menggembirakannya.
Tahu suami kita kadangkala suka melihat wanita seksi, fikirkan cara yang sesuai untuk jadi lebih seksi bersama suami.
Sekiranya berlaku sekali sekala, sebaiknya ambil sikap untuk memahami dan menerima dengan tenang, di samping berusaha untuk mengelakkannya dengan melakukan perubahan-perubahan pada diri kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kieda Crepe akui terlampau ikut emosi, "sudah biasa terima kecaman. Tindakan menunjukkan wajah pelanggan yang mengeji makanan crepe dijualnya serta memulangkan semula wang pelanggan...