Setiap pagi ada antara kita yang akan minum air MILO® sebagai minuman wajib. Tak ada MILO® tak best katanya! MILO® sememangnya kegemaran rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi.
Sebagai mak-mak sudah pasti gaya hidup sihat anak-anak menjadi kepentingan dan keutamaan. Minuman MILO® penuh dengan kebaikan dan khasiat malah boleh memberikan kecergasan kepada kanak-kanak.
Setiap hirupan minuman coklat malt MILO® sangat berharga dan menjadi igauan. Apatah lagi apabila minuman kegemaran ramai ini diolah menjadi resepi yang kreatif dan viral hingga membuatkan anda terliur.
Diet Seimbang, Gaya Hidup Sihat
Tidak perlu diperkenalkan lagi, sememangnya MILO® merupakan minuman yang sesuai dipadankan dengan diet seimbang yang menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat.
MILO® diperbuat daripada barli malt, susu dan koko serta gabungan 6 vitamin dan 3 mineral penting yang membantu untuk membebaskan tenaga daripada makanan untuk tempuhi hari dengan aktif.
Tahukah anda, secawan MILO® mengandungi ramuan berkhasiat supaya anda bertenaga untuk boleh melangkah lebih jauh. Di mana secawan mengandungi MILO® 124kcal yang memenuhi 6% keperluan tenaga harian (berdasarkan 2000kcal).
Resipi Terbaru MILO®, Wajib Cuba!
Pergi sahaja ke mana-mana pun minuman MILO® pasti menjadi pilihan pelbagai generasi tidak kira tua dan muda. Tak kisahlah hidangan yang diminum sejuk atau panas. Bila dah dapat nikmati secawan minuman coklat malt ini pasti hati menjadi girang dan badan bertenaga.
Bagi anda yang gemar meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu, pastinya resipi lazat MILO® yang direka khas bersama pakar pemakanan MILO® sangat sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.
Hidangan MILO® walaupun kosong memang sedap, apatah lagi bila sudah diolah pasti membuatkan anda terliur. Sesekali cubalah resipi MILO® istimewa!
Terdapat bermacam-macam variasi produk Milo® selain serbuk Milo® biasa yang boleh digunakan dalam resipi minuman Milo® setiap hari, seperti Milo® Hi-Fibre, Milo® 3-in-1, Milo® Less Sugar dan Milo® with Whole Grain Cereal.
5 Resepi Lazat MILO® Mampu Buat Anda Terliur
Setiap resipi MILO® membekalkan anda dan keluarga nutrien yang diperlukan agar bertenaga untuk melangkah jauh. Malah bila anda perlukan tenaga, itulah tandanya masa untuk menikmati MILO®.
Ini 5 resipi MILO® yang sesuai dilayan tak kira masa pagi atau petang.
- MILO® AVOCADO MILKSHAKE
BAHAN-BAHAN
1 stik pek MILO® 3 IN 1
30g Buah avacado masak
80ml Susu rendah lemak sejuk
1 cawan Ais
CARA PENYEDIAAN
Tuangkan semua bahan-bahan ke dalam mesin kisar dan kisar sehingga tekstur menjadi pekat. Tuang ke dalam gelas dan hidangkan sejuk.
2. MILO® BRULEE
BAHAN-BAHAN:
120ml Buih Susu
2 sudu besar Sirap MILO®
Ais (ikut kesukaan)
Untuk campuran Sirap MILO®:
100g SERBUK MILO®
40ml Air panas
Untuk hiasan:
1 sudu teh SERBUK MILO®
CARA PENYEDIAAN
Sediakan sirap MILO® dengan tambah 100g SERBUK MILO® ke dalam 40ml air panas dan kacau sehingga sebati.
Didihkan susu dalam satu periuk kecil, pukul susu dengan menggerakkan pembuih susu di sekitar sehingga buih yang lembut dan gebu terbentuk.
Tambah 2 sudu besar sirap MILO® mengelilingi cawan dan tuangkan 120ml buih susu ke dalam cawan.
Taburkan 1 sudu kecil SERBUK MILO® di atas sebagai hiasan.
3. MILO® YOGURT BERI SMOOTHIE
Saiz Hidangan: 1
Masa penyediaan: 5 minit
BAHAN-BAHAN:
30g SERBUK MILO®
80g Yogurt asli rendah lemak
60ml Susu rendah lemak sejuk
40g Strawberi dan Blueberi (segar atau sejuk beku)
Ais (Ikut kesukaan)
CARA PENYEDIAAN
Tuangkan semua bahan-bahan ke dalam mesin kisar dan kisar sehingga tekstur menjadi pekat.
4. MILO® SMOOTHIE CORNFLAKES & KURMA
1 stikpek MILO® 3 IN 1
150ml Susu soya tanpa gula
5g Cornflakes
4g Kurma, dicincang
Tinggalkan sedikit MILO® dan kurma untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan-bahan kecuali cornflakes ke dalam periuk dan biar mereneh.
Tuang ke dalam cawan dan taburkan cornflakes di atas. Kacau sebati dan hidangkan panas.
5. BUTTERY HOT COCONUT MILO®
Bahan-bahan:
1 stikpek MILO® Kosong
150ml Air Kelapa
8g Kurma, dicincang
1 sudu teh Mentega tanpa garam
Tinggalkan sedikit MILO® dan Mentega untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan biar mereneh.
Tuang ke dalam cawan dah hidangkan panas.
Selain 5 resipi ini anda juga boleh melayari resipi-resipi enak dan lazat dari MILO® https://www.milo.com.my/ms/kebaikan-berkhasiat/masauntukmilo
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI