‘Wacky Cake’ Kek Coklat Lembap SEDAP, Senang Buat Tanpa Telur, Susu & Mentega! Sesekali tekak teringin nak makan kek coklat yang lembap, lembut dan sedap namun bahan-bahan seperti telur, susu dan mentega tiada di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang mudah!Musim cuti sekolah ni, boleh buat dengan anak-anak sekali.
Boleh cuba buat sendiri kek coklat mudah yang dikongsikan oleh Zai Nun Dasuki sebagai panduan;
Wacky Cake @ kek gila. Sangat popular jugak kek ni, dekat negeri mat saleh, kek ni lembut, lembap dan easy coklat kek. Kenapa gila kerana dibuat tanpa telur, susu atau mentega, sangat cepat dan senang disediakan.
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air suam
* 2 sudu kecil nescafe( ini saya letak lagi sedap)
Cara Membuat:
1.Gaul semua bahan kering, lepas tu campur dengan bahan basah. Gaul dengan sudu ke sudip ke boleh. Saya tak pakai mixer.
2. Bakar 180c /30minit.
Ads
Step by step takda, tak sempat nak ambik gambar, yang da siap je, yang ni buat muffin, nak buat style loyang pun boleh.
Pokok Cekur memang banyak khasiatnya, terutama buat wanita selepas bersalin. Dalam tempoh berpantang juga sangat digalakkan makan cekur ni.Kalau mak-mak ada tanam pokok cekur di rumah, rupanya selain isi, daun cekur juga boleh dimakan dan dibuat kerabu.
Puan Nur Aida Md Zainuddin ada kongsikan khasiat cekur dan resipi Kerabu CEKUR Stail Kelantan ini sebagai rujukan.
“Cekur memang banyak khasiatnya. Rugi besar kalau kaum wanita tak amalkan isi cekur dan daun cekur.”
Antara khasiat cekur:
1. Anti penuaan.
2. Memecahkan angin dalam urat saraf.
3. Mengucupkan dan memulihkan rahim ibu bersalin.
4. Memperbanyakkan susu.
5. Menguatkan rahim dan mencegah keguguran.
6. Mengelakkan sembelit.
7. Mempercepatkan sembuh luka.
Ramai yang ambil isi cekur je tapi daun cekur dilupakan. Sedap tauu daun cekur.Sape suka daun cekur? Biasa masak macam mana cekur ni boleh bagi idea?
Aida suka buat kerabu. Aida tak letak bunga kantan kalau kerabu cekur. Letak cekur pun dah sedap!
Serius sedap gila! Ratah macam tu pun sedap. Kerabu style kelantan kita bubuh BUDU, so rasa dia masam, masin manis ehh sedapla boleh addicted. Kalau tanam sendiri hari-hari boleh makan.
Resepi Kerabu Cekur Style Kelantan
Bahan-bahan:
Daun cekur secukup rasa
Ikan selayang bakar tanpa minyak
Kerisik
Bawang merah
Serai
Lada hitam
Budu, garam dan gula
Limau nipis
Boleh tambah cili api, hirisan bawang holand atau bawang merah.
Cara Membuat:
1. Buat sambal ikan dulu.Tumbuk lada hitam, serai, bawang merah, kerisik dan isi ikan. Masukkan garam dan gula. Garam tu jangan banyak sangat sebab nak tambah budu kan. Nanti masin pulak. Ketepikan.
2. Hiris daun cekur.
3. Masukkan dalam bekas hirisan daun cekur dan tambahkan sambal ikan tadi, budu dan limau nipis. Gaulkan.
4. Siappp kalau nak pedas lagi boleh letak hirisan cili potong dan bawang merah.
MW: Banyaknya khasiat cekur ni buat wanita.Malah sesuai sangat untuk mak-mak sedang dalam tempoh berpantang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Kena cuba buat sendiri di rumah.
Jeruk Bawang Putih Sedap, Biarkan 5 Hari Sampai Keluar Warna Hijau Dah Boleh Makan! Bawang putih mengandungi banyak khasiat yang tersendiri.Antara khasiatnya ia mampu menjadi antibiotik semulajadi bagi meningkatkan imunisasi dan sistem ketahanan dalam tubuh serta menurunkan paras kolestrol.
Seeloknya bawang putih dimakan mentah. Namun jika ‘tak tertelan’ rasanya boleh juga cuba buat jeruk bawang putih, rasanya lebih sedap. Malah sedap juga dimakan dengan Bihun Sup, Maggie dan sebagainya.
Ikut cara buat bawang putih seperti yang dikongsikan oleh Puan Zura Khalid ini.
Saya cedok resepi dari puan AJ Idris.
Derhaka sikit resepi sebab ada bahan yang tak de di rumah.So kita guna je apa yg ada. Ni akibat terpengaruh tengok mukbang la ni… hehe
Resepi jeruk bawang putih.
Bahan-Bahan:
Bawang putih yang ada ungu-ungu tu.
1 sudu teh Gula perang
1/2 sudu teh Garam pink
Cuka makan (cukup sampai bawang putih tu tenggelam)
Cara Membuat:
1. Bawang putih mesti yang macam ni ye.
2. Dah kupas bersih dan basuh, keringkan sekejap.
3. Kemudian boleh lah diisi dalam balang. Campurkan bahan-bahan seperti cuka, garam dan gula. Gaul-gaul gitu je.
4. Ni kejadian hari pertama.
5. Ni kejadian hari ke-4… sepatutnya tunggu hari ke-5 tapi saya dah tak sabo… terus buka dan ngap…
Biarkan selama 5 hari. Sampai keluar warna hijau tu. Selepas tu boleh lah di makan. Saya tadi test makan gitu je. Kalo makan ngan bihun sup ke maggie ke mesti lagi sedap gamaknya ye…
Yangg ni sedap la, rangup dan rasa bawang putih tak le sekuat macam kita makan mentah.
Memang sedap jika dapat minum Air Mango Shake yang manis, lemak berkrim dan secukup rasa. Apatah lagi buat pelega tekak, diminum sewaktu berbuka. Kalau beli mango shake ni memang agak mahal harganya. Rasanya pun belum tentu menepati citarasa sendiri. Lebih jimat dan berbaloi sebenarnya jika buat sendiri, terutamanya jika ahli keluarga ramai malah ‘gerenti’ sedap.
Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norliza Razali ini, resipi Mango Shake Leleh yang dibuat niaga.
Kakliza kami tak sempat merasa Mango Shake Kak Liza sebab kami tak boleh balik Parit Buntar. Tak boleh nak rentas negeri. Tengok Kakliza dok post terliuq kami..” Norfarah Hanim
Baiklah.. Kak Liza lagi sekali bagi resepi mango shake leleh ni untuk hangpa na.Semoga bermanfaat.
Ampun maaf mana yang terliuq tu.
Resepi simple Mango Shake Matpet
Bahan-Bahan:
Susu Segar (wajib na)
Mangga masak (nak sedap boh banyak sikit untuk kita blender)
(sediakan pelam potong dadu untuk setiap hidangan)
Air
Susu pekat
Susu cair
Ais krim vanilla
Ais secukupnya
Sunquick perisa mangga
*Kak Liza guna brand sunquick sebab memang sedap lah.
Cara Membuat:
1. Blend semua sekali dan adjust rasa masam manis dan lemak. Siap untuk dihidang dengan buah mangga potong. Nak sedap lagi letak la aiskrim vanilla.
tapi dalam shake tadi memang ada letak dah ais krim vanilla.
Jangan lupa sentiasa senyum. Insha Allah bertambah sedap.
Resepi bagi dah. Kalau bermanfaat Kak Liza minta hangpa doakan kakliza semoga Allah swt permudahkan segala urusan dan sentiasa murahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, tercapai semua impian Kak Liza sekeluarga.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...