Virgoun Curang Kerana Penampilan Isteri Macam Mak-Mak, Inara Pernah Diberi RM30,000 Untuk Cantikkan Diri

Share

Virgoun curang kerana penampilan isteri macam mak-mak, Inara pernah diberi RM30,000 untuk cantikkan diri. Kisah kecurangan penyanyi Virgoun mendapat liputan meluas dari media.

Pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla ini dilihat agak keji kerana kerap melanggan pelacur orang yang sama untuk kepuasan nafsunya. Bahkan kecurangannya mula terbukti selepas isterinya solat Subuh dan memohon kepada Allah agar ditunjukkan kecurangan suaminya.

Virgoun Curang Kerana Penampilan Isteri Macam Mak-Mak

Dalam proses perceraian, Inara Rusli yang mulai tampil di media dengan membuka purdah dipakainya memaklumkan, dirinya pernah rasa tidak selamat (insecure) kerana Virgoun pernah mengkritik kekurangan fizikalnya yang dilihat kurang menarik.

“Ya, mungkin penampilan seperti mak-mak yang kerjanya menguruskan tiga orang anak di rumah serta memakai pakaian destar besar  membuatkan Virgoun pernah memberi saya Rp100 juta (kira-kira RM30,000) untuk mencantikkan diri,” kata Inara dalam satu temubual.

@keluargakecildijerman01 Inara sampai perawatan untuk membuat virgoun bahagia tapi ternyata #selingkuh #fyp #fypindonesia #foryou #virgoun #inara #inarabukacadar ♬ original sound – keluargakecildijerman01

Inara Pernah Diberi RM30,000 Untuk Cantikkan Diri

Tambah Inara lagi, dia sudah menuruti semua permintaan suaminya termasuk ke klinik kecantikan  termasuk diminta bersetubuh di bulan Ramadan, Inara menyifatkan apa yang terjadi adalah kerana suaminya itu tidak menundukkan pandangan MATANYA dan lebih menurut hawa nafsu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Mimpi Suami Curang & Allah Tunjuk Kebenaran Usai Solat Subuh, Isteri Dedah Penyanyi Main Kayu Tiga

Perkahwinan 24 Tahun Hancur, Suami Curang, Khianat Pada Isteri Setia, INSTINCT ISTERI Hebat

“Suami Curang Lebih Cepat Mati..”, Pilihlah Untuk Setia, Tentu Tak Berani Untuk Mendua

‘Panjat Bonet Kereta, Tangkap Suami Curang.’ Tindakan Nekad, Bila Hati Wanita DiSakiti

Kes rumahtangga mereka masih menanti perbicaraan kerana Virgoun sudah meminta maaf dan enggan bercerai tetapi hati Inara sudah benar-benar terluka kerana kecurangan yang dilakukan.

Dalam satu temubual lain, jelas Inara dirinya memakai hijab kerana Allah taala. Selepas kemelut rumahtangganya tersebar di media massa, dia membuka hijabnya juga kerana Allah taala untuk mencari rezeki membesarkan anak-anaknya. Bahkan dirinya mengucapkan syukur kerana ramai bersimapati dengan apa dialaminya dan mendoakan dirinya terus kuat menjaga tiga orang anak mereka.

@tgifjj Gon, Nikmat Tuhan mana lagi yang kau Dustakan? #inararusli
#virgoun #derysulaiman #drrichardlee #klarifikasi #perselingkuhan #fyp ♬ الصوت الأصلي – maherzainfanforever

 Ya, kalau sudah mata keranjang dan mengikut nafsu, letaklah bidadari cantik sekali pun lelaki akan terus mencari yang lain untuk kepuasan nafsunya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?

Published by
Almaswa Haji Che Ros