Viral Korean Cream Cheese Garlic Bun, Buat Sendiri Guna Air Fryer

Share

Viral sungguh sekarang roti yang satu ni. Bagi penggemar roti, mesti tak sabar nak cuba. Banyak kedai kek atau home bakers yang ada menjualnya di atas talian. Tapi, cuba buat sendiri lagi best kan? Boleh lah makan puas-puas.

Nak mudah dan jimat masa, bun beli siap-siap di kedai roti. Tapi kalau rajin, boleh je nak buat bun sendiri dulu.  Mana-mana yang selesa lah ye. Boleh google resipi untuk bun roti ye.

Bahan-Bahan Untuk Korean Cream Cheese Garlic Bun Viral

20 biji sweet bun 60 gram (atau bun kosong) – belah enam, jangan potong putus.

Resipi Cream Cheese:

150 gram cream cheese

20 gram gula halus (saya kurangkan)

* pukul kedua-dua bahan (guna whisk) sampai jadi creamy dan masukkan ke dalam piping bag. Kalau tiada piping bag, plastik pun okay.

Resipi Garlic Butter Sauce Viral:

1 biji telur

100 gram Butter (saya guna buttercup, microwave sekejap untuk cairkan)

15 ulas bawang putih (cencang halus, saya kurangkan bawang tapi tambah sedikit garlic powder)

25 gram Madu

20 gram Whipping cream (saya guna susu)

2 sudu besar mayones

3 sudu besar parsli kering

*Sebatikan semua bahan

Cara Membuat:

Ambil roti, paipkan cream cheese di setiap belahan roti. Jangan terlalu banyak takut muak. Tapi kalau suka, silalah letak lebih banyak.

Kemudian celupkan separuh bahagian roti ke dalam garlic sauce. Ada juga yang celup seluruh roti. Terpulanglah ye.

Lepas tu, paipkan cream cheese sekali lagi di bahagian atas roti. Ini option. Tak buat pun tak apa. Kemudian panaskan air fryer pada 200°C selama 5 minit dahulu.

Setelah itu bakar roti pada suhu 160°C selama 15 minit. Masa ni bau garlic semerbak harum. Tunggu bunyi ‘ting’..dah siap! Sedap makan panas-panas. Pehhh!

Resipi lain di sini

Mini Pizza Guna Roti Burger Je, Sangat mudah Guna Enam Bahan!

Buat Sendiri Rotiboy Di Rumah, Tak Payah Beli Dekat Kedai

Resipi Choco Jar SEDAP Tak Muak, Pernah Laris Dibuat Jualan!

Nota Tambahan:

1. Cubaan seterusnya saya akan letak sikit chili flakes atau tukar mayones biasa kepada mayones cili tu. Tekak orang Malaysia mesti nak yang pedas.

2. Permukaan roti mungkin akan gelap sikit sebab ada madu dan mentega. Tapi roti tetap lembut.

Sumber: Badariah Mohamad Aris

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nurul Azwa