Viral akak proton persoal IC diperiksa di taman perumahan, rupanya tindakan polis tak salah pun. Hari ini media sosial menjadi medan secara terus orang ramai menviralkan sesuatu isu.
Tidak menyelidik sama ada ianya betul atau salah di sisi undang-undang sebaliknya kita memuat naik video untuk sebuah kebenaran yang kita rasa ianya benar.
Di media sosial, viral seorang wanita mempersoalkan tindakan polis yang meminta untuk melihat kad pengenalan suaminya selepas dirinya memberhentikan kenderaan di kawasan flat.
Dalam video yang tular, wanita ini yang bekerja sebagai juru jual di Proton memaklumkan, pihak berkuasa telah meminta untuk melihat kad pengenalan suaminya atas alasan mencurigakan sedangkan dakwanya suaminya baru habis berbincang dengan tukang. Tak melakukan apa-apa kesalahan pun.
“Ada polis dua orang lalu lalang dan bertanya buat apa di sini. Polis kemudian minta kad pengenalan. Aku tanya pada polis, apa kesalahan yang dibuat. Polis cakap mencurigakan. Aku tanya mencurigakan apa? Banyak lagi restoran orang asing, tak check pun. Kita orang duduk sini pun borak pasal kerja. Kemudian polis tanya ini kawan ke, aku bagitahu ini suami.
Dalam pada itu, wanita ini turut memaklumkan dirinya ada membuat panggilan telefon ke bahagian integriti Bukit Aman, termasuk bertanya kepada kawan-kawan dan kenalan (didakwa bekerja sebagai polis) bolehkah kad pengenalan di periksa di kawasan perumahan?.
“Kawannya menjelaskan tak pernah minta IC di kawasan perumahan, lain hal kalau di tepi jalan, kawan ada buat kesalahan trafik ke dan sebagainya,” katanya yang mendakwa faham akan undang-undang.
Memandangkan hal ini viral di media sosial dan agar kita sama-sama mempelajari undang-undang secara jelas, ia telah mendapat perhatian seorang anggota polis, Haziq Rashid yang memaklumkan bahawa tindakan polis tersebut meminta kad pengenalan untuk diperiksa adalah betul dan tidak salah dari segi undang-undang.
Jelas @abg_polis di akaun TikToknya, berdasarkan undang-undang sedia ada tertakluk di bawah Sekyen Seksyen 24(1)(a) Akta Polis 1967 dan Seksyen 7(1) Akta Pendaftaran Negara 1959, pegawai dan anggota yang sedang bertugas dibenarkan menahan mana-mana individu dan memeriksa kad pengenalan mereka termasuk juga lesen pemandu kalau dirasakan perlu.
@abg_polis Polis tak boleh semak kad pengenalan orang awam.. biar betul kak? #pdrm #abgpolis #polisbantuan #bgmalaysia🇲🇾 #fypシ ♬ Real Back – DJ BAI
Jelas pegawai polis ini, dirinya memaklumkan tindakan akak proton meviralkan kesnya satu tindakan tidak tepat. Masa yang sama dia kasihan kerana “salah faham” yang terjadi.
“Maklumat disampaikan akak tu salah. Jadi nampak kita kurang pandai. Anggota sebenarnya boleh memeriksa kad pengenalan sesiapa pun kerana ia dah termakbul dalam undang-undang tak kira ada buat salah atau tidak.
Jelasnya tindakan menviralkan kerja polis juga satu tindakan tak tepat kerana boleh ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Apa pun, kalau kita tak buat salah apa-apa, jangan takut beri kad pengenalan kalau yakin yang minta itu adalah pegawai polis yang sedang bertugas.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Berjaya Rakam “Wajah” Pontianak, Abang Polis Kongsi Suara Mengilai Makhluk Seram Ini
Gadis Ditikam 16 Kali Maafkan Perlakuan Kekasih, Sudah Tarik Laporan Polis & Rancang Nikah
Nur Raisha Amanda Didera Kekasih Ibu Kerana Aktif & Bising, Lelaki Sudah Ditahan Polis
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.