Viral akak pecahkan kereta, ada sebab mengamuk kerana pemilik asal tak bayar pinjaman ke bank.
Semalam tular di media sosial satu keluarga bertindak memecahkan cermin kereta selepas kenderaan tersebut cuba ditarik kerana sudah ada tunggakan lapan bulan. Ramai yang bertindak mengecam tindakan bodoh wanita ini kerana menurut mereka, walau kereta dijahanamkan hutang tetap kena bayar.
Pada masa sama, ada dalam kalangan warga maya yang mendakwa, tindakan drastik wanita itu berpunca daripada kegagalan melunaskan bayaran ansuran selama lapan bulan, menyebabkan pihak bank mengarahkan kenderaan tersebut ditarik.
Namun sehari selepas kejadian ini, ia membongkar satu sisi lain di mana perbuatan tersebut dibuat kerana mereka sekeluarga sebenarnya sudah membayar pinjaman setiap bulan namun pemilik asallah yang sebenarnya tidak menjelaskan pinjaman tersebut ke bank kerana ia merupakan kenderaan sambung bayar.
Mungkin ramai yang telah mengecam tindakan mereka sekeluarga tanpa mengetahui plot twistnya. Dan ia juga sebenanrya satu peringatan juga buat mereka yang memiliki kereta sambung bayar kerana inilah risiko terpaksa dihadapi.
Kereta sambung bayar atau sambung bayar kereta merupakan salah satu cara pemilik kenderaan menjual kereta kepada pembeli tanpa membuat pindahan hak milik kenderaan di JPJ atau membuat pinjaman bank. Kebanyakan pemilik kereta jual kereta sambung bayar kerana tidak dapat melangsaikan tunggakan pinjaman bank atau tidak dapat meneruskan ansuran bulanan seperti dijadualkan. Ia sekali gus mengelakkan nama disenarai hitam atau nama kena black list.
Secara amnya, proses sambung bayar kereta adalah salah di sisi undang-undang. Ia tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967 sambung bayar seperti berikut:
Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967 – Ia menjadi kesalahan bagi sesiapa yang menjual barang-barang yang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya. Jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara kurang daripada 3 tahun, atau kedua-duanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Isteri Sedih Suami Berkira, Pisang Goreng RM6 Suruh Bayar Separuh Sebab Dah Beri Nafkah RM400 Sebulan
Isteri Sedih, Suami Sanggup Tak Mengaku Anak Sebab Tak Mahu Bayar Nafkah
Bekas Suami Buruk Siku, Tuntut Barang Kemas Hadiah Kahwin Bengang Gaji Kena Potong Nafkah Anak
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE