Viral 18 Dan 19, Rupanya Ada Signifikan Dalam Surah Al Quran

Share

Sejak kelmarin, viral sungguh angka 18 dan 19 ini media sosial. Ada saja terselitnya nombor ini dalam status baik perseorangan mahupun untuk tujuan pemasaran produk.

Nombor ini mula menjadi tular selepas, Da’i Nik Farhan membuat penjelasan tentang keputusannya untuk bernikah kali kedua di tanah suci Makkah. Yang mana, beliau memaklumkan telah menerima lamaran daripada 18 orang wanita dan ditolak, namun wanita ke-19 itulah yang berjaya membuka pintu hatinya.

Angka ini turut menarik perhatian, Da’i Luqman

sehinggakan beliau tergerak hati membuka Al Quran lalu merujuk surah berkaitan yang terkandung di dalamnya. Dan inilah yang ditemuinya.

 

 

Orang dok viral sangat bab berkaitan 1819 ni, buat Chaq tergerak nak belak helaian Al-Quran, rupa-rupanya Surah ke-18 adalah Surah Al-Kahfi (tentang fitnah Dajjal) dan dalam ayat ke-19, Allah cerita tentang perihal Ashabul Kahfi,

“Dan baris terakhir Allah sebut, “Dan hendaklah ia berlemah lembut dengan bersungguh-sungguh; dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa pun menyedari akan hal kamu

1. Lemah lembut
2. Tutup aib

Tulisnya sambil memaklumkan, jari jemarinya rasa bergetar ketika menulis akan peringatan Allah itu.

Sambungnya lagi,

NASIHAT BUAT PARA SUAMI, BAKAL SUAMI DAN YANG TAK MAU JADI SUAMI

Allah berfirman dalam Al-Quran sebagai suatu nasihat menerusi Surah An-Nisa’ ayat 19 :

Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)

Dan berbalik kepada Surah Al-Kahfi ayat 19 tu, Allah nasihat supaya cakap yang baik-baik tanpa buka aib/cerita. Begitu juga halnya kita dalam hidup bersuami isteri. Kalau nak ceraikan jugak isteri, silakan, tapi adab dan akhlak tu tolong jaga. Walau dia dah jadi ‘bekas’ isteri atau ‘bekas’ suami, aib tetap kena jaga as a Muslim.

Dan ini jugak untuk kita sebagai masyarakat biasa, perlu berkata yang lembut-lembut, dan tak perlu nak membongkar segala cerita. Wallahua’lam

Bukti Al-Quran adalah mukjizat, bukan makhluk. Segala jawapan ada dalam Al-Quran, beruntung bagi orang yang suka mencarinya.

MW : Setiap hari berusaha suburkan rasa kasih antara suami dan isteri. Sebab usaha kecil ini pun, ada pahalanya.

Sumber/Foto : Da’i Luqman

Published by
NETTY AH HIYER