Baru-baru viral pinggan mangkuk isi lauk pauk, jenis Vintage Corningware jika dijual semula boleh mencecah RM24,000! Ramai yang tersenyum dan rasa berbaloi mempunyai koleksi set pinggan mangkuk yang cukup popular zaman mak-mak dan nenek kita dulu.Apatah lagi dikatakan boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Namun demikian menurut perkongsian Hafizi Zain ini ia hanyalah manipulasi harga oleh eBay seller. Malah Pakar Barang Antik mengesahkan walau ‘rare’ macam mana pun, harga untuk setiap unit mangkuk ini hanya bernilai USD100 – USD150 sahaja.

Baca perkongsian berikut;

VINTAGE CORNINGWARE – BENARKAH HARGANYA MENCECAH SEHINGGA USD10,000?

Mari baca ulasan saya.

Ketika kisah vintage corningware viral dijual sehingga USD6,000 tempohari, ramai orang kelam kabut bukak almari dapur dan contact mak & nenek masing-masing kat kampung tanya ada lagi ke tak set mangkuk corningware ni. Semua pun dah tersenyum sorang-sorang sebab bakal jadi kaya sekelip mata.. betul dak?

Ya.. memang betul! Saya pun tak terkecuali. hahaa.

APA YANG SAYA DAPAT TAHU TENTANG SET MANGKUK INI:

  1. Harga Asal

Harga asalnya hanya dijual pada harga RM400-RM600 sahaja untuk 1 set.

2. Ada Nombor Siri

Kalau ianya betul-betul original, ianya dibuat dari US dan yang betul-betul vintage ada no.siri di bahagian bawah pemegang dia.. (haaa..cuba cek tengok..)

IKLAN

3. Boleh Masak Atas Dapur Gas

Ianya boleh digunakan untuk masak terus atas dapur gas dan boleh dihidangkan terus atas meja tanpa perlu tukar ke bekas yang lain pula.

4. Pernah Jadi Trend

Pernah jadi TREND satu ketika dahulu.. Golongan mak-mak ni siap buat kutu beramai-ramai lagi semata-mata nak beli set mangkuk ni..

5. Nilai Sentimental

Kalau tanya mak or nenek kita, konpomm dia tak bagi jual set mangkuk ni.Letak la harga berapa-berapa pun. Sayang kott.. hehehe..

6. Nampak Baru

Kelebihan paling best pada set mangkuk ni adalah.. walaupun dah berusia berpuluh-puluh tahun, ianya masih kelihatan macam baruu… Betul tak? kannn…

Kajian Online & Rujukan Pakar Barang Antik

Setelah saya buat kajian di online dan merujuk kepada pakar barang antik, ini KESIMPULAN yang saya dapat buat:

  • Sebenarnya eBay seller tersebut cuba memanipulasikan harga tersebut sahaja.
  • Sebab… kalau betul-betul ‘rare’ dan ramai orang nak, mestilah ramai orang ‘offer’ or ‘bid’. Tapi takde pun. Tiba-tiba je ada SOLD.
  • Pakar barang antik yang bernama Adam Zimmerman berkata, walau rare macamana pun, harga untuk setiap unit mangkuk ini hanya bernilai USD100 – USD150 sahaja.
  • Sangat mustahil ada orang sanggup bayar sehingga USD6,000 untuk barangan macam ni sekalipun ianya sudah berusia lebih 30 tahun.
  • Saya sendiri pun lihat, tiba-tiba ramai je orang Malaysia dah mula listing kat Ebay dan Lazada dengan harga RM1,000 ke atas.. Belum jumpa lagi yang betul-betul sold secara ‘real’. Yang dummy banyak.
Lepas viral hari tu, habis semua berebut buat listing.. hihii
Fake Sold Detected!!
Ini dia… orang bid yang sebenar.. brapa hengget jer kannn
Tengok ni.. berapa hengget je orang berani bid.. Kalau betul-betul RARE, mesti berebut-rebut orang nak bid sini.

Jadi? Ber huhu la kita semua yang ada simpan set mangkuk ni.. Boleh simpan dalam almari semula yaa… hihihi..

Begitulah ceritanya.. jemput Like, komen dan #Share untuk kawan-kawan yang lain baca juga info tentang ni.

Disediakan oleh,
Hafizi Zain
Tengah simpan semula mangkuk ni dalam almari :-p

p/s: Apa-apa pun, ini adalah sekadar pendapat personal dari saya berdasarkan kajian saya sendiri.. Kalau ada yang betul-betul terjual tu, memang rezeki la yerr..

Baca Lagi Di Sini: Rupanya Pinggan Mangkuk Isi Lauk Ini, Harganya Boleh Cecah RM24,000

MW: Jadi jangan mudah percaya iya, boleh jual harga mahal untuk pinggan mangkuk viral ni.Elok simpan je dalam almari rumah, ada nilai sentimental dan anak cucu pun boleh guna nanti.

Sumber: Hafizi Zain