No video available
Tempat Wanita Bukan Sekadar Di Belakang Lelaki
Zaman sekarang bukan seperti dahulu, yang mana wanita dianggap sebagai golongan kelas kedua; duduk di belakang lelaki. Bertindak sebagai penyokong sahaja. Berkat hak sama rata mendapat pendidikan, akhirnya melahirkan lebih ramai wanita berjaya dan komited dalam apa juga bidang yang diusaha. Ramai juga wanita yang mengetuai organisasi atau projek mega. Bukan calang-calang ya. Kepada yang suka menafikan kehebatan wanita, elok fikir semula. Walaupun dikatakan wanita punya 9 nafsu 1 akal, namun dengan 1 akal wanita masih mampu mentadbir dunia! Dengarkan perkongsian Datuk Norshida Ibrahim, Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia tentang kehebatan wanita sekarang. Saksikan FB Live Mingguan Wanita dalam Sembang Wanita, Rabu jam 3 petang. #sembangwanita #mingguanwanita