Tangisan Sayu Ibu Tunggal Menjelang Aidilfitri
“Saya selalu pesan pada anak-anak,bila arwah ayah dia tak ada, banyakkan berdoa, walau di mana kita berada, setinggi mana pun kita tak boleh lupa Allah”
Demikian kata-kata yang keluar dari lisan Puan Misnah, seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 5 tahun yang lalu.
Melalui perih jerih kehidupan dalam membesarkan anak-anak, serta menjaga dua orang ibu saudara yang mengalami masalah kesihatan, pastinya bukan sesuatu yang mudah.
Sempena kedatangan Syawal yang bakal tiba,, Mingguan Wanita dengan kerjasama Impiana telah mendekati keluarga ini dan memberikan sedikit keceriaan untuk mereka menyambut Hari Raya.
Jika anda ingin menghulurkan sebarang bantuan untuk meringankan beban keluarga ini, salurkan bantuan anda ke no akaun MAYBANK bernombor 162197407939 (Misnah binti Mismat) atau hubungi beliau sendiri di talian 013–235 2339