Ads
Ads

Suami Spontan Botakkan Rambut Sokong Isteri Kanser

Sehati sejiwa, susah senang bersama. Tahu betapa sedih hati seorang isteri, Norhaliza Yahya, 47 tahun keguguran rambut kesan dari kimoterapi, Mohd Fairul Abdul Asiz, 30-an secara spontan membotakkan rambut ketika isterinya sedang membotakkan kepalanya di sebuah kedai gunting rambut.

“Baru kali pertama buat kimo dan rambut isteri gugur dengan banyak hingga nampak kulit kepala. Dia kata mahu botakkan rambutnya dan saya pesan jangan menangis dan mesti kuat selepas membuat keputusan ini.

“Tapi ternyata isteri menangis selepas melihat rambutnya dibotakkan. Saya lemah kalau isteri menangis dan terus secara spontan cukur rambut saya juga. Biarlah kami kelihatan sama,” katanya memaklumkan isterinya disahkan mengidap kanser rahim tahap satu (hampir memasuki stage 2). Didoakan Allah mengangkat kesakitan isteri kesayangannya ini dan pejuang kanser yang sedang diuji dengan penyakit ini.

#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#pejuangkanser
#kanser
#suamiisterisetiabersama

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads