No video available
“Suami Pernah Minta Saya Tinggalkan Dia”- Puan Rosnani
Tiada siapa menduga,kebahagiaan yang dikecapi oleh Puan Rosnani dan keluarga diuji oleh Allah SWT apabila suami tercinta disahkan menghidap kanser Limfoma. Kesan daripada pembedahan membuang kanser tersebut, suaminya Encik Farimzaimi lumpuh separuh badan.
Sejak dari peristiwa tersebut, Puan Rosnani mengambil alih tugas suaminya dan menggalas segala tanggungjawab menguruskan anak-anak dan keluarga.
Justeru, sempena kedatangan Syawal yang bakal tiba, Mingguan Wanita dengan kerjasama Impiana telah mendekati Puan Rosnani dan keluarganya untuk memberi sedikit keceriaan untuk mereka menyambut lebaran.
Jika anda prihatin dan ingin sama-sama membantu meringankan beban keluarga ini, salurkan sumbangan anda ke no akaun BSN bernombor 10123-29-00018893-8 (Rosnani bt Aris)atau hubungi beliau di talian 017- 280 3572