Suami Merajuk Biar Atau Pujuk?
Biasanya perempuan yang kuat merajuk. Tapi jangan sangka lelaki tidak tahu merajuk. Dalam hubungan suami isteri pasti ada saatnya hati terluka atau terguris atau terasa. Lelaki juga manusia biasa yang punya perasaan. Mungkin dah cuba selindung rasa di hati, namun ada kala lelaki tidak dapat selindung kekesalannya lantas merajuk dengan isteri. Dalam keadaan ini apa yang wajar dilakukan isteri? Perlu dipujuk atau tidak? Ada sesetengah orang akan terubat hati tanpa dipujuk. Janggal rasa nak kena pujuk suami. Tetapi mungkin kah memujuk itu berkesan eratkan lagi hubungan? Kita dengarkan huraian pakar iaitu En. Noor Sazali Mansor, Family Coach LPPKN/Penolong Pengarah Kanan LPPKN Kedah. #sembangawanita #mingguanwanita