Suami Aku Autisme
“Saya pernah beritahu suami kalau ada perempuan lain beritahu. Bila gaduh, suami banyak diam tanpa saya sedar itu sebenarnya tanda-tanda autisme.
“Enam tahun berkahwin, nampak saya lebih dominan dalam rumahtangga. Setiap perkara perlu disuruh. Saya jadi pelik kerana suami macam tak tahu nak buat apa bila diminta.
“6 tahun saya boleh bertahan lagi tapi masuk tahun ketujuh, saya dapat rasakan ada sesuatu tak kena selepas tahu dia ada blog dan setiap hari menulis tetapi bukan macam orang normal. Itupun kawan yang beritahu.
“Mungkin ketika kecil tiada siapa perasan masalah ini padanya sehinggalah usia ketujuh perkahwinan kami, selepas menemui doktor pakar. Baru terjawab segala pertanyaan saya kenapa suami berbeza berbanding sifat lelaki lain. Ya doktor sahkan suami mengidap autisme.
Demi jelas Noor Hasnita Rosli, 32 yang menyedari suaminya, Mohamad Azhar rupanya seorang autisme.
Ikuti kisah pasangan ini yang sedang menyebarkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kewujudan autisme di kalangan lelaki dewasa. Mereka ini perlukan sokongan dan kasih sayang.
#mingguanwanita #sembang #autisme #podcast #vodcast