No video available
Sihir Pemisah, Sayang Jadi Benci | Sembang Wanita Ep 32
Sihir itu syirik. Dosa besar. Jangan sesekali terfikir apatahlah melakukannya. Menggunakan perantara mahkluk halus untuk apa juga tujuan adalah menyekutukan Allah. Mempercayai ada lagi yang berkuasa daripada Allah. Sihir pemisah salah satu perbuatan syirik yang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Tidak suka melihat kebahagiaan orang lain. Pasangan suami isteri bercerai, adik-beradik bergaduh, putus tunang, putus sahabat dan banyak lagi. Semua bermula dari hati. Hati hitam penuh perasaan iri dan hasad dengki. Kita dengarkan kupasan daripada Ustaz Mohd Ali Mohamed, Pengasas Pusat Rawatan Darul Nusrah berkenaan ini. Pasti banyak yang dapat dirungkaikan. #sembangwanita #mingguanwanita