No video available
Ranjau Pkp, Kesetiaan Pasangan Diuji | Sembang Wanita EP 22
Dulu hidup berumahtangga aman damai sahaja, namun semenjak PKP ini perangai pasangan kelihatan berubah. Duduk rumah pun boleh bermasam muka, bertengkar dan cepat betul sentap. Macam-macam isu boleh menjadi pertengkaran apatah lagi yang membabitkan wang dan hubungan luar pengetahuan pasangan. Tiada seorang pun yang terlepas daripada ujian Allah.
Ujian itu semakin berat tatkala terpaksa berhadapan dengan cabaran harungi kehidupan sepanjang pandemik. Ada yang berpendapat ujian tidak semestinya semasa PKP, ujian datang sepanjang masa dan bila-bila pun. Yang penting bagaimana pasangan ‘tackle’ masalah yang timbul. Cuma semasa PKP dugaan itu terasakan bertambah berat. Kita ikuti apakah ulasan dan kupasan yang akan diberikan oleh pakar motivasi yang terkenal dengan sifat keibuannya iaitu Ustazah Dr.Robiah K. Hamzah bersama dengan hos Norreen Iman.
#mingguanwanita #sembangwanita