Menopaus: Berakhirnya Ciri Kewanitaan? | Sembang Wanita
Menopaus adalah satu fasa dalam hidup wanita yang tidak boleh dielakkan atau dicegah. Aturan Allah, ia merupakan berakhirnya kitaran haid seseorang wanita. Pada saat ini juga, bermulalah perubahan yang melibatkan aspek fizikal serta emosi.
Fasa Premenopause dan menopause adalah saat di mana akan banyak berlaku perubahan emosi dan fizikal wanita. Perubahan-perubahan ini pastinya perlu dihadap oleh suami, insan yang paling dekat dengan isteri.
Jika suami tidak faham ap aitu menopause dan kesannya terhadap isteri, dibimbangi akan menambah tekanan pada hubungan suami isteri. Oleh itu kedua-duanya perlu mamahami situasi dan tahu bagaimana untuk bertindak agar masing-masing tidak pentingkan diri sendiri.
#sembangwanita
#mingguanwanita