Mak Empal Buka Apa Hari Ini? – UDANG BEREMPAH KARI POWER
Salam Ramadan hari ke-11, mak-mak masih tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka petang ini? Jangan bermalas, masak simple pun tak apa sebab air tangan mak-mak ni memang sedap!
Jom cuba masak menu Udang Berempah Kari Power, walaupun resepinya ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan. Marilah lah cuba ya mak-mak. Pasti anda sekeluarga berselera makan.
Bahan-Bahan:
Satu biji bawang merah (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih (dipotong kecil)
Sedikit halia
Daun kari
3 sudu serbuk kari
Setengah mangkuk air
1 batang cili merah (dihiris halus)
Cara Memasak :
1.Panaskan minyak masak ke dalam kuali.
2.Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan goreng hingga kekuningan.
3.Masukkan 3 sudu rempah kari yang digaul dengan air, dan masukkan sedikit air.
4. Kacau hingga sebati kemudian masukkan udang, bila sudah kekuningan masukkan sedikit air (jika suka berkuah) letakkan air lebih.
5. Kacau-kacau kemudian masukkan cili merah. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Angkat dan boleh dihidangkan dengan nasi panas dan teluar dadar.