Mak Empal Buka Apa Hari Ini? – PARU GORENG BERLADA MEMBARA!
Enaknya Paru Goreng Berlada Membara! Masakan mak simple tapi sedap, itulah keberkatan anak ingat sampai bila-bila.
Jom masak mak-mak petang Ramadan ke-12 ni jamulah keluarga dengan Paru Goreng Berlada Membara! Pedas menyengat tak ingat!
Bahan-Bahan :
½ kg paru
10 tangkai cili padi – dikisar
1 biji bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 batang serai
1 keping asam keping
2 sudu sos tiram
Cara Memasak :
1.Bersihkan paru dan rebus hingga lembut dengan anggaran masak lebih kurang 30 – 40 minit.
2.Bila sudah lembut, angkat, toskan dan tunggu sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihiris.
3. Hiris paru mengikut saiz yang anda suka. Kemudian gaulkan dengan garam serta serbuk kunyit dengan secukupnya.
4.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hirisan paru tadi hingga sedikit garing. Api jangan kuat untuk elak paru menjadi hangus. Angkat dan toskan.
5. Kemudian, kisar kasar cili padi, bawang merah dan bawang putih.
6. Dengan menggunakan lebihan minyak gorengan paru tadi, masukkan bahan-bahan yang dikisar kasar dan serai. Tumis sampai pecah minyak.
7. Bila bahan tumis sudah cukup masak, masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga semua bersalut dengan sambal. Kemudian hidangkan. Nikmatilah dengan nasi panas memang perghhhh padu rasanya!
#mingguanwanita #resipiramadan #makempalmasakapahariini