Mak Empal Buka Apa Hari Ini? – AYAM MALU MALU MASAK MERAH
Salam Ramadan hari kelima, kali ini Mak Empal pilih menu Ayam Malu-Malu Masak Merah tau! Rasanya yang pedas, manis dan berlemak ini kegemaran seisi keluarga.
Paling penting resipi Mak Empal Buka Puasa Apa Hari Ini? Sangat mudah cepat untuk mak-mak menyediakannya di rumah. Jangan buang masa, jom masak menu special untuk berbuka, super sedap!
Bahan-Bahan
Setengah ekor ayam (digoreng)
Bahan Hirisan:
3 biji bawang merah
Bahan Untuk Dikisar:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit Kunyit hidup
1 batang serai
10 tangkai cili kering (mengikut tahap kepedasan yang diingini)
Bahan-Bahan :
Rempah 3 sekawan
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Gula pasir secukup rasa
Aji (penambah rasa)
Cara Memasak :
1. Mulakan dengan menggoreng ayam. (ketepikan ayam telah digoreng)
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis rempah 3 sekawan,
3. Seterusnya, masukkan bahan yang telah dikisar, termasuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup. Tumiskan hingga kekuningan.
4. Kemudian masukkan cili kisar, sos cili biarkan hingga garing dan pecah minyak.
5. Masukkan ayam goreng, garam, serbuk perasa, bawang merah biarkan sehingga semua bahan masak dan wangi.
6. Siap! Bolehlah hidangkan untuk berbuka hari ini bersama nasi panas atau nasi minyak.