Kekuatan Sebenar Zahir Dari Dalam | Sembang Wanita EP19
Ukuran kejayaan anak-anak pada hari ini tidak lagi terhad pada kejayaan dalam akademik sahaja. Percayalah, anak-anak kita sebenarnya dilahirkan dengan potensi yang luar biasa sekiranya kekuatan dalaman itu dizahirkan bersungguh-sungguh. Perhatikan dan berikan galakkan, mereka pasti dapat mencipta kejayaan tersendiri. Sebagaimana harimau yang memiliki belang tersendiri, begitu juga dengan anak-anak kita.
Setiap anak-anak mempunyai kekuatan dalaman berbeza, dan sudah tentulah kejayaan yang bakal diraih juga berbeza. Raikan kepelbagaian kelebihan yang bakal melakar kejayaan. Jangan lah dipaksa, berikan mereka ruang untuk meneroka kekuatan dalaman masing-masing. Kita dengar bagaimana Datin Fouziah Gous membantu anak-anaknya menzahirkan potensi dalaman untuk mencipya kejayaan selain turut di kupas oleh Sheila Ibrahim dari Mondelez International (Malaysia) dan Prof. Dato’ Noor Aziah Hj Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-kanak Malaysia di SUHAKAM.
#sembangwanita #mingguanwanita