Ads
Ads

No video available

Kaut Food Bank, Ingat Sikit Orang Belakang | Sembang Wanita EP 25

Rakus, tamak dan mentaliti kelas ketiga
 
Bukan semua tetapi sikap pentingkan diri segelintir manusia yang mengaut seberapa banyak bantuan barangan keperluan asas di rak Food Bank atau Gerobok Rezeki adalah sangat memalukan. Mereka ini boleh digelarkan sebagai pencuri juga.
 
Tambah sakit hati, si ‘pencuri’ ini adalah orang dewasa matang, sihat tubuh badan. Tambah ‘meriah’ apabila perbuatan ini dilakukan secara berkumpulan.
 
Apa agaknya yang ada dalam fikiran orang begini ya? Mengambil kesempatan dalam situasi buruk sekarang. Ramai yang perlukan bantuan asas ini tetapi bagi si ‘pencuri’ ini tidak berasa salah melakukannya. Dah susah, jangan pula menyusahkan orang lain.
 
Ikuti kupasan daripada pakar motivasi terkenal, Abe Long atau tuan Mohd Shariman dari Excite Learning Consultancy.
 
#mingguanwanita
#sembangwanita

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads