Ads
Ads

Jimat Beringat, Simpan Lagi Selamat

Mak ayah kita dahulu bekerja keras mencari rezeki untuk kesenangan anak-anak. Gaji atau upah disisih sedikit untuk disimpan dalam tabung ayam. Gaya hidup sekadar mencukupi, tak bermewah sebab mereka tahu, duit simpanan akan membantu saat diperlukan. Masa berlalu, kita pula ambil pendekatan sama. Cuma cabaran hidup hari ini lagi hebat dengan godaan untuk berbelanja terutama dari media sosial. Awas! Jangan terpengaruh dengan dunia tipu-tipu itu. Ramai yang pokai kerana nak menang bergaya. Ingat ya, 2023 adalah masa untuk berjimat dan maksimumkan simpanan. Duit simpanan banyak membantu untuk elakkan kita berasa tertekan. Wang bukan segala-galanya, tapi kalau tak ada wang, satu apa pun tak dapat.

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads